Harian Metro

Subahan pertahan prestasi pemain tempatan

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mempertaha­nkan prestasi pemain tempatan pada saingan Liga Hoki Malaysia musim ini apabila menyifatka­n prestasi mereka sebagai cukup bagus.

Dakwaan itu timbul selepas mengambil kira senarai penjaring terbanyak liga yang dikuasai empat pemain import diketuai bintang Pasukan Hoki Terengganu, Gonzalo Peillat, namun bagi Subahan ia bukan ukuran sebenar prestasi keseluruha­n pemain.

Malah, telahan Subahan itu ada benarnya jika mengambil kira kejayaan pasukan yang dibarisi 100 peratus pemain tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjaya merakam kejutan ke atas pasukan lain yang diperkuatk­an import bertaraf dunia.

“Pertama sekali saya amat gembira apabila tahun ini kami berjaya membuktika­n MHL sebagai antara liga terbaik dunia apabila kami dapat menarik pemain import ternama selain faktor Liga India yang sudah tiada.

“Buktinya apabila penjaga gol terbaik dunia dari Ireland, David Harte dan pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia (Peillat) memilih beraksi dalam liga kita musim ini.

“Pada aksi final Sabtu lalu, anda dapat lihat mutu permainan cukup tinggi dipamerkan (UniKL dan KLHC) dan paling menarik apabila dapat melihat pemain muda kita mampu menyaingi pemain hebat dunia.

“Bagi saya ini satu permulaan cukup bagus untuk arena hoki tanah air dan saya turut gembira dengan peningkata­n jumlah kehadiran penyokong musim ini,” katanya semalam.

 ??  ?? PEILLAT (kanan) muncul penjaring terbanyak liga.
PEILLAT (kanan) muncul penjaring terbanyak liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia