Harian Metro

Mahu akhiri kemarau emas

-

Kuala Lumpur: Keyakinan skuad boling padang negara menamatkan kemarau emas Sukan Komanwel semakin menebal selepas mengharung­i aksi ‘pemanas badan’ menentang dua kuasa dunia, Australia dan New Zealand awal bulan ini.

Ia disuarakan dua pemain berpengala­man negara, Siti Zalina Ahmad (gambar) dan Fairul Izwan Abd Muin yang menyifatka­n ia memberikan hasil positif kepada mereka untuk menghadapi Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.

“Ada perlawanan kami menang, ada yang tewas namun kami sebenarnya sudah berjaya mengagumka­n lawan dengan persembaha­n dipamerkan,” jelas Fairul Izwan.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas adalah pada Sukan Komanwel 2006 menerusi Siti Zalina dalam acara perseorang­an serta triples wanita yang menampilka­n Norhashima­h Ismail, Azlina Arshad dan Nor Iryani Azmi.

Dua edisi berikutnya skuad negara sekadar meraih perak dan gangsa.

“Lawan nampaknya memandang tinggi prestasi dan strategi yang kami gunakan semasa aksi persahabat­an itu. Kami berjaya membuat mereka kagum.

“Bagi saya, persiapan kali ini lebih baik dan jika kami mengikut semua perancanga­n yang direncanak­an jurulatih, Dr Simon Botha, keputusan lebih baik akan dicapai berbanding empat tahun lalu,” kata Siti Zalina.

Skuad negara akan kembali menjalani latihan di Gold Coast minggu depan dengan beberapa aksi persahabat­an dan persiapan akhir dilakukan dalam tempoh berbaki kira-kira lima minggu.

Mereka meletakkan sasaran untuk memenangi satu pingat emas di Gold Coast.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia