Harian Metro

Citizens skuad paling mahal

-

Paris: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City mempunyai skuad paling mahal dalam sejarah, menurut laporan agensi pemantau bola sepak CIES yang berpangkal­an di Switzerlan­d.

Kajian itu menilai skuad Pep Guardiola sebanyak 878 juta euro (RM4.2 bilion), dengan Paris Saint-Germain di tempat kedua 805 juta euro (RM3.9 bilion), selepas jendela perpindaha­n Januari yang menyaksika­n City mendapatka­n pertahanan tengah, Aymeric Laporte dari Athletic Bilbao dengan harga 65 juta euro

(RM314.9 juta).

Perpindaha­n termahal dunia membabitka­n Neymar dari Barcelona hampir separuh daripada jumlah keseluruha­n perbelanja­an PSG, tetapi Kylian Mbappe hanya dipinjamka­n, walaupun yuran perpindaha­n mencecah 180 juta euro (RM872 juta) perlu dibayar kepada Monaco menjelang akhir musim ini.

Ia meletakkan Guardiola sebagai pengendali kelompok pemain paling mahal dalam sejarah.

“Apabila anda ingin bersaing di peringkat tertinggi, anda perlu berbelanja,” kata Guardiola bulan lalu.

“Ada kelab berbelanja £300 juta (RM1.6 bilion), £400 juta (RM2.2 bilion) untuk dua pemain. Kami membelanja­kannya untuk enam pemain.”

Dua pasukan lain yang membelanja­kan lebih daripada 700 juta euro (RM3.4 bilion) untuk membentuk skuad mereka adalah Manchester United (RM3.6 bilion) dan Barcelona (RM3.5 bilion).

Pasukan lain yang mengisi kelompok 10 teratas adalah Real Madrid di tangga keenam, Juventus kelapan dan empat kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, Liverpool, Arsenal dan Everton.

Kajian itu turut mengira purata kos skuad Liga Perdana yang mencatat nilai tertinggi 291 juta euro (RM1.4 bilion), jauh mengatasi kos purata skuad La Liga pada 131 juta euro (RM634.6 juta). - AFP

 ??  ?? HAZARD (kanan) ledak dua gol Chelsea.
HAZARD (kanan) ledak dua gol Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia