Harian Metro

Kami dapat pengajaran tewas dengan MU: Fauzan

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: “Kekalahan kepada Melaka United memberi pengajaran berguna kepada kami supaya tidak memandang mudah cabaran setiap pasukan,” kata penolong kapten Negeri Sembilan, Fauzan Dzulkifli.

Perancang utama pasukan itu berkata, walaupun tunduk pada aksi pertama Liga Super kepada PKNP FC di Batu Kawan, tetapi kekalahan 0-3, kepada skuad Kancil pada Ahad lalu, lebih dirasakan.

Katanya, dia dan rakan sepasukan bertanggun­gjawab sepenuhnya di atas kekalahan itu dan bersedia bangkit memberikan aksi terbaik untuk memastikan kemenangan dicipta pada aksi berikutnya.

“Semua pemain sudah berusaha sebaik mungkin untuk menafikan kelebihan tuan rumah. Malah berjaya mencipta beberapa peluang jaringan tapi gagal diterjemah­kan dengan gol.

“Kami perlu terus berusaha meningkatk­an lagi prestasi dan memperbaik­i kelemahan kerana sedar cabaran berikutnya lebih sukar. Kami perlu memastikan pasukan tidak kehilangan mata bagi mengelak jurang yang lebih jauh dengan pesaing lain.

“Kami sedar perlunya memastikan pasukan meraih kemenangan pada perlawanan akan datang supaya dapat terus bersaing dan meraih kedudukan baik dalam carta seperti disasarkan,” katanya semalam.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Negeri Sembilan, Khairul Izuan Rosli (dua dari kanan) dihalang tiga pemain Melaka United di Stadium Hang Jebat.
FOTO: PEMAIN Negeri Sembilan, Khairul Izuan Rosli (dua dari kanan) dihalang tiga pemain Melaka United di Stadium Hang Jebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia