Harian Metro

Kian serasi

- Nik Sukry Ramli niksukry@bh.com.my

 Sathia puji kemantapan dipamer anak buahnya

Pengendali FELDA United, B Sathianath­an memuji keserasian ditunjukka­n barisan pemainnya ketika menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, di sini, malam kelmarin.

Katanya, segala perancanga­n untuk mencari gol awal membuahkan hasil apabila gandingan pemain import, Gilberto Fortunato dan Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya menguji benteng pertahanan lawan sejak awal permainan.

“Walaupun kami hanya

(gambar)

memasuki perlawanan ketiga bagi saingan musim ini, saya sudah nampak ada keserasian antara pemain lama dan baru. Ini sangat penting bagi memastikan FELDA United terus memperoleh keputusan baik, seperti malam ini.

“Corak permainan Gilberto juga memuaskan. Begitu juga dengan pemain lain yang tampil dengan aksi baik. Kami berjaya mengawal permainan pada babak pertama dan mendapat dua gol sebelum satu lagi (gol) kira-kira lima minit sebelum perlawanan tamat yang dijaringka­n Christie Jayaseelan,” katanya.

Tiga gol FELDA United dalam perlawanan kelmarin diperoleh menerusi jaringan Fortunato pada minit ke-11 dan 20 serta Christie pada minit ke-85.

Mengulas lanjut, Sathianath­an berkata, prestasi pemain di bahagian pertahanan diketuai Shukor Adan juga memuaskan apabila kerap berjaya mengekang asakan pasukan Pulau Pinang yang dikendalik­an bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan.

Katanya, pemain perlu mengekalka­n momentum sedia ada bagi memperkema­skan lagi persefaham­an antara mereka menjelang saingan akan datang.

“Saya masih berharap Thiago Augusto Fernandes yang mengalami kecederaan baru-baru ini segera pulih. Malam ini (malam tadi) saya turunkan juga dia pada minit ke-80 bagi melihat tahap kecergasan dia setakat ini.

“Nampaknya dia masih perlukan masa untuk pulih. Saya harap dia dapat segera kembali bersama rakan sepasukan lain untuk memperkuat­kan lagi FELDA United,” katanya.

 ??  ?? FORTUNATO (dua dari kanan) melakukan percubaan ketika menentang Pulau Pinang, malam kelmarin.
FORTUNATO (dua dari kanan) melakukan percubaan ketika menentang Pulau Pinang, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia