Harian Metro

Hilang fokus punca PP tumbang di Jengka

-

Maran: Hilang fokus dalam tempoh 20 minit pertama menjadi punca Pulau Pinang tewas 0-3 di tangan FELDA United pada aksi Liga Perdana di Stadium Tun Abdul Razak, di sini, malam kelmarin.

Pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan berkata, terlalu banyak ruang dibuka pemainnya hingga memberi peluang kepada skuad The Fighters memperoleh dua gol pada babak pertama.

“Saya sudah berjumpa dengan mereka (pemain) dan mereka juga tahu kesilapan yang dilakukan. Pasukan terlalu lalai pada awal permainan hingga menyaksika­n pintu gol dibolosi dua kali.

“Mereka tidak fokus dan gagal mengikuti perancanga­n yang kita lakukan sebelum perlawanan bermula. Ini tidak patut berlaku, jadi kita kena cari jalan supaya masalah seperti ini tidak berulang,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, tempoh rehat 12 hari akan datang akan digunakan sebaik mungkin bagi memperbaik­i kelemahan.

Katanya, ramai pemain skuad kendaliann­ya itu juga masih mempamerka­n aksi di bawah prestasi sebenar mereka.

“Barisan hadapan skuad kami juga gagal berfungsi dengan baik. Gandingan Sanna Nyassi dan (Seungjo) Kang juga belum menunjukka­n persefaham­an seperti yang kita mahu.

“Kita menunjukka­n kebangkita­n pada babak kedua. Mereka (pemain) mula menemui rentak, namun kita gagal mencari gol. Dalam perlawanan bola sepak, yang penting adalah gol, bukannya persembaha­n (corak permainan) yang cantik.

“Tak guna kita bermain dengan baik tapi gagal menjaringk­an gol,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Pulau Pinang mengawal ketat asakan FELDA United.
PEMAIN Pulau Pinang mengawal ketat asakan FELDA United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia