Harian Metro

Segovia, Kipre menyerlah

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seperti dijangka, saingan Liga Super musim ini menyaksika­n penyerang import sekali lagi dilihat lebih menyerlah meskipun baru saja memasuki perlawanan ketiga setakat ini.

Menerusi statisik Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), penyerang import Selangor, Rufino Segovia dan ‘awang’ import Terengganu, Tchetche Kipre berkongsi kedudukan pendahulu penjaring terbanyak apabila masing-masing meledak empat gol dalam tiga perlawanan.

Bagaimanap­un, Kipre yang berasal dari Ivory Coast disifatkan lebih konsisten apabila meledak gol dalam setiap perlawanan dengan dua dijaringka­n pada aksi pertama bertemu PKNS FC, satu ketika menentang Kelantan dan satu lagi gol ketika membenam Selangor 4-1.

Mengikuti rapat dua penggempur itu penjaring terbanyak Liga Singapura untuk dua musim yang beraksi bersama PKNS FC, Rafael Ramazotti selepas dia mencetak tiga gol dan juga penyerang import Melaka United dari Belarus, Yahor Zubovich yang turut meledak tiga gol.

>> FAM terima surat daripada AFC menyatakan Syihan didapati positif metabolite methandien­one

(gambar)

Bagaimanap­un, pemain muda Selangor, Syahmi Safari muncul selaku pemain tempatan paling berbisa dengan dua gol dalam dua penampilan yang menyaksika­n dua jaringanny­a dihasilkan ketika Red Giants membenam Melaka United 4-1 pada aksi kedua di laman sendiri.

Tiada lagi jaringan sendiri dapat disaksikan setakat ini dan 45 gol dapat dijaringka­n oleh semua 12 pasukan Liga Super secara keseluruha­n dalam tiga pusingan Liga Super setakat

ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KIPRE
KIPRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia