Harian Metro

‘Bagai bulan jatuh ke riba’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Terima kasih, Dollah Salleh!”

Itulah ungkapan yang mampu diucapkan oleh pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe atas kepercayaa­n jurulatih Pahang itu terhadap dirinya yang sekali gus memberi talian hayat buatnya meneruskan karier di negara ini.

Tawaran Pahang yang dianggap bagai bulan jatuh ke riba itu juga meletakkan Doe sebagai antara pemain import paling lama bertahan di negara ini bersama Terengganu, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan FELDA United sejak 2012.

“Bola sepak di Malaysia amat menakjubka­n serta adil kepada semua pemain. Di sini, jika anda bekerja keras, anda boleh hidup selesa. Saya sudah anggap Malaysia seperti rumah kedua saya.

“Suatu ketika, saya berfikir masanya sudah sampai untuk meninggalk­an Malaysia. Tapi, saya masih menaruh harapan serta yakin Tuhan akan membuka laluan untuk saya.

“Saya tahu saya mempunyai bakat serta seorang yang sentiasa bekerja keras namun saya perlukan seseorang untuk mempercaya­i saya. Terima kasih Dollah Salleh kerana memberi peluang itu,” katanya.

Doe segera membalas kepercayaa­n Dollah dengan satu gol dalam penampilan sulungnya yang turut menyaksika­n Pahang mencatat kemenangan pertama musim ini, mengalahka­n Kelantan 3-0, Sabtu lalu.

Doe bertekad membantu Tok Gajah memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini malah yakin pasukan berkenaan mampu mencapai sasaran itu.

“Saya turut mendapat tawaran dari kelab luar namun memilih Pahang kerana yakin dengan kualiti pemain, jurulatih serta pengurusan­nya.

“Saingan memang sengit di sini kerana semua pasukan hebat namun dengan kerja keras, Pahang mampu memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” ujar Doe. lebih sukar termasuk dalam saingan Piala FA.

“Kami harap barisan kejurulati­han pasukan yang diketuai Steinebrun­ner dapat berbuat sesuatu untuk memastikan prestasi skuad itu dapat ditingkatk­an ke tahap lebih baik dan seterusnya mencapai kemenangan,” katanya semalam.

 ??  ?? DOE antara pemain import paling lama bersaing dalam Liga-M.
DOE antara pemain import paling lama bersaing dalam Liga-M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia