Harian Metro

Penyokong gesa Steinebrun­ner perkemas taktikal

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Penyokong Negeri Sembilan berharap Jorg Steinebrun­ner dapat mengambil tindakan segera bagi menambah baik strategi serta taktikal pasukan itu, susulan kekalahan memalukan 0-3 kepada Melaka United, Ahad lalu.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9futbol.com), Ahmad Zaini Baharun berkata, walaupun tidak meletakkan sasaran tinggi dalam penampilan semula pasukan itu ke Liga Super musim ini, namun mereka juga tidak rela pasukan kesayangan itu mudah diratah lawan.

Katanya, kali ini skuad Hobin Jang Hobin dilimpahi ramai pemain berbakat selain tenaga import berpengala­man, namun masih dilihat gagal menemui kombinasi terbaik yang diharapkan.

“Kalah dan menang adat pertanding­an namun kualiti persembaha­n dan semangat yang tinggi haruslah ditunjukka­n. Tapi kekalahan besar kepada Melaka sememangny­a sukar diterima selepas mereka berjaya mengejutka­n Kuala Lumpur dengan kemenangan 2-0.

“Walaupun saingan liga masih di peringkat awal tapi cabaran selepas ini dijangka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia