Harian Metro

BALAS 10 TEMBAKAN

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Penjenayah kes pecah rumah mati ditembak di Jalan Kayu Madang

Anggota polis terpaksa berlindung di sebalik kereta peronda selepas seorang suspek kes pecah rumah yang cuba ditahan di kawasan tangki air, Jalan Kayu Madang, Telipok, dekat sini, awal pagi semalam melepaskan tiga das tembakan.

Dalam kejadian kirakira jam 2 pagi itu, anggota polis terpaksa membalas sekurang-kurangnya 10 das tembakan sebelum suspek berusia lingkungan 20-an itu maut di lokasi kejadian akibat terkena tembakan di dada dan kepala.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Razaruddin Huzain berkata, sebelum kejadian itu sepasukan polis membuat rondaan cegah jenayah di kawasan pusat beli-belah 1Borneo dan terserempa­k lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

“Polis kemudian mengekori dan meminta suspek berhenti, namun lelaki itu memecut lari hingga ke kawasan Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), Sepanggar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang suspek terbabas di penghadang jalan berhampira­n tangki air di kawasan KKIP.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan menyebabka­n anggota polis berlindung lalu melepaskan tembakan balas untuk mempertaha­nkan diri.

“Anggota polis kemudian membuat pemeriksaa­n dan mendapati suspek terbaring selain polis menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 dan sebuah motosikal,” katanya dalam sidang media seminggu.

“Ketika ditahan, mereka mengaku mengambil syabu, selain ketum dengan alasan kononnya untuk menambah tenaga ketika bekerja sebagai tukang rumah dan penoreh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azry berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut menahan dua lagi lelaki kerana disyaki terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

“Semua mereka berusia 30 hingga 40 tahun dibawa ke pejabat AADK Keningau untuk tindakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Sabah Asisten Komisioner Ahmad Asri Jamaluddin dan Ketua

Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

Razaruddin berkata, pemeriksaa­n lanjut di lokasi menemui tiga peluru hidup dalam poket sebelah kanan suspek dan motosikal yang ditunggang pula dicuri di Tamparuli, Tuaran yang dilaporkan hilang, 5 Februari lalu.

“Polis turut menemui beg merah di sisi suspek berisi barang pecah rumah. Kita akan mengambil cap jari suspek untuk dihantar ke Bukit Aman bagi mengenal pasti sama ada dia warga asing atau tempatan kerana tiada sebarang identiti ditemui.

“Bagaimanap­un, kita mengesyaki suspek cuba melakukan jenayah berdasarka­n penemuan peralatan disyaki untuk melakukan kegiatan pecah rumah,” katanya.

Mayat suspek dibawa ke Hospital Queen Elizabeth HQE 1 untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1), Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 kerana positif dadah jenis Methamphet­amine atau syabu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ibu bapa perlu sentiasa peka terhadap tingkah laku dan perubahan fizikal anakanak supaya masalah penagihan dadah dapat dicegah pada peringkat awal lagi sebelum keadaan semakin teruk.

Operasi itu membabitka­n enam anggota penguat kuasa AADK Keningau.

 ?? FOTO ?? RAZARUDDIN (tiga dari kiri) menunjukka­n senjata api yang digunakan suspek mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Kayu Madang, awal pagi semalam.
POLIS mengangkat mayat penjenayah yang ditembak.
FOTO RAZARUDDIN (tiga dari kiri) menunjukka­n senjata api yang digunakan suspek mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Kayu Madang, awal pagi semalam. POLIS mengangkat mayat penjenayah yang ditembak.
 ??  ??
 ??  ?? LAPAN lelaki ditahan terbabit dalam penyalahgu­naan dadah dalam Ops Cegah di Kampung Karanaan Baru, Sook.
LAPAN lelaki ditahan terbabit dalam penyalahgu­naan dadah dalam Ops Cegah di Kampung Karanaan Baru, Sook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia