Harian Metro

Siasat segera sindiket curi pasir

-

Miri: “Siasat segera,” demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin, mengulas mengenai kegiatan sindiket curi pasir yang berleluasa di wilayah utara negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Muda Pelanconga­n Kesenian dan Kebudayaan Sarawak berkata, kegiatan itu perlu dihentikan segera kerana menimbulka­n risiko keselamata­n kepada penduduk setempat, selain menjejaska­n alam sekitar.

Malah, Jabatan Tanah dan Surver (JTS) Miri diminta memantau kegiatan itu yang dipercayai berlarutan sejak sekian lama, termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap dalang sindiket itu yang menceroboh tanah kerajaan.

“Jika mahu korek pasir, ia perlu mengikut prosedur, termasuk mendapatka­n permit sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)...ia tidak boleh dilakukan sesuka hati.

“Kita minta JTS Miri siasat kes ini supaya kegiatan haram berkenaan dapat dihentikan segera,” katanya.

Beliau berkata, penduduk di Miri yang mengesan kegiatan haram berkenaan perlu melaporkan­nya kepada pihak berkuasa untuk memudahkan tindakan tegas diambil.

Katanya, jika ada laporan dibuat ia akan mempercepa­t dan memudahkan agensi berkaitan mengambil tindakan terhadap kegiatan haram itu.

Difahamkan, setiap tan pasir dikorek dari kawasan tanah itu dijual dengan harga RM300 bergantung kepada jarak penghantar­an atau tapak projek.

Penduduk Miri hanya mahu dikenali Lim berkata, kegiatan mengorek pasir di kawasan Permyjay sudah berlarutan sejak lebih lima tahun lalu.

 ?? Lee Kim Shin ?? Jika mahu korek pasir, ia perlu mengikut prosedur, termasuk mendapatka­n permit sah daripada pihak berkuasa tempatan...ia tidak boleh dilakukan sesuka hati”
Lee Kim Shin Jika mahu korek pasir, ia perlu mengikut prosedur, termasuk mendapatka­n permit sah daripada pihak berkuasa tempatan...ia tidak boleh dilakukan sesuka hati”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia