Harian Metro

‘Kebal’ gali lubang benam

 Aktiviti curi pasir sindiket ancam keselamata­n, ekosistem penduduk

-

Jika dilihat dari kawasan rendah atau landai, ia tidak begitu ketara, malah ada yang tersilap menganggap­nya kolam pancing.

Namun, jika dilihat dari paras tinggi, ia memperliha­tkan pemandanga­n cukup membimbang­kan, lebih-lebih lagi dengan warna air hitam dan kewujudan kolam pada skala luas.

Hakikatnya, kewujudan kolam terbiar itu yang mendapat jolokan ‘lubang benam’ dalam kalangan penduduk setempat, bukan wujud atas faktor semula jadi.

Sebaliknya, ia memperliha­tkan kerakusan kegiatan sindiket curi pasir yang berleluasa di wilayah utara negeri ini, terutama di kawasan berhampira­n Litar Lumba Go-Kart Permyjaya, di sini sehingga mengancam keselamata­n penduduk setempat dan ekosistem di kawasan terbabit.

Sumber memberitah­u, kegiatan itu sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga wujud sekurang-kurangnya 10 ‘lubang benam’ di lokasi berkenaan.

Hasil tinjauan turut mendapati ada kolam berkenaan sukar dilihat kerana dilitupi rumpai air di bahagian permukaann­ya, selain memiliki keluasan melebihi 20 padang bola sepak, dengan paras kedalaman mencecah 30 meter.

Kegiatan mencuri pasir yang sudah berleluasa sekian lama di kawasan itu dan pernah digempur Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri Oktober tahun lalu yang membawa kepada penahanan 20 lori pengangkut bersama muatan pasir bernilai RM2.8 juta.

“Bagaimanap­un, kegiatan berkenaan terus berleluasa, seolah-olah sindiket berkenaan ‘kebal’ dari tindakan penguatkua­saan dilaksanak­an agensi berkaitan.

Berdasarka­n maklumat diperoleh juga, pasir curi itu digunakan untuk kerja-kerja menimbus tapak projek pembinaan di sekitar pusat bandar raya yang mendapat permintaan tinggi ketika ini.

“Lebih mengecewak­an, kegiatan haram itu berleluasa di kawasan tanah milik kerajaan negeri, malah sejak empat tahun lalu. Selepas PGA membongkar kegiatan itu, sindiket mengubah taktik mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kini, mereka hanya menggunaka­n dua mesin pengorek untuk mengeluark­an pasir sebelum dikumpulka­n di tepi jalan bagi memudahkan proses pemunggaha­n dilakukan dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, sindiket turut menggunaka­n khidmat ‘pemerhati’ bagi memantau kehadiran anggota penguat kuasa bagi mengelak aktiviti haram itu dikesan.

 ??  ?? KOLAM terhasil daripada aktiviti mengorek pasir di Senadin berhampira­n Litar Lumba Go-kart dekat Permyjaya.
KOLAM terhasil daripada aktiviti mengorek pasir di Senadin berhampira­n Litar Lumba Go-kart dekat Permyjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia