Harian Metro

Penjawat awam dibebas

-

Seorang penjawat awam dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan RM35,000.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan RM10,000 sebagai wang jaminan bersama seorang penjamin tempatan terhadap Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah dan Ukur Beaufort terbabit.

Cindy turut mengarahka­n penjawat awam berusia 54 tahun itu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Beliau turut membenarka­n reman terhadap lelaki berusia 46 tahun yang berperanan sebagai perantara atau

dilanjutka­n lima hari bermula esok (hari ini) bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek terbabit tidak diwakili peguam.

Pegawai Pendakwa, Mohd Faliq Basiruddin yang mewakili Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada beberapa individu yang berkaitan bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek ditahan antara jam 8.15 malam hingga 10.30 malam Khamis lalu, masing-masing di sebuah restoran di Beaufort dan Pejabat SPRM Kota Kinabalu, susulan aduan diterima pada hari sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia