Harian Metro

Kumpul duit rosak

- Recqueal Raimi news@nstp.com.my

Wang kertas koyak, rosak atau diconteng sukar diterima pada masa ini, lebih-lebih lagi dalam kalangan peniaga.

Namun, berbeza dengan seorang peniaga kedai runcit dan ejen insurans di Kampung Ranap, Kiulu, dekat sini, yang sanggup mengumpul wang itu hingga menjadi tular di Facebook.

Roselin Dunggi, 42, yang menetap di Kampung Malangang Baru, Kiulu, menerima hampir 25,000 dan dikongsi lebih 6,000 kali selepas berkongsi kisah seorang kanak-kanak membeli roti di kedainya dengan membayar menggunaka­n wang kertas RM1 yang koyak, namun diterima dan mengembali­kan baki dalam syiling.

Menurut Roselin, perkara itu sudah lama diamalkann­ya selepas dia menukar wang kertas RM10 yang koyak di Bank Negara Malaysia (BNM) di Kota Kinabalu, beberapa tahun lalu.

“Tiada proses rumit dan pihak bank hanya memeriksa wang berkenaan sebelum mengembali­kan wang kertas baharu pada nilai sama,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kisah dikongsi melalui laman sosial itu, dia bukan mahu menjadi popular atau menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin memberitah­u orang ramai bahawa wang kertas yang rosak, koyak atau diconteng wajar diterima kerana boleh digantikan dengan nilai sama.

“Kebiasaann­ya, saya terima wang diconteng dengan pen atau koyak di bahagian tengah kerana ia salah satu dalam jumlah wang kertas yang banyak diikat dengan gelang getah sebelum ditarik lalu diberi kepada pengguna ketiga atau seterusnya,” katanya.

Roselin yang mempunyai tiga anak berusia antara 12 hingga 17 tahun berkata, sehingga kini dia mengumpul wang kertas yang rosak berjumlah lebih RM50 sejak awal tahun lalu.

“Tiba masanya nanti, saya ke BNM untuk menukar wang berkenaan.

“Apa salahnya kita terima wang rosak? Kasihan jika kanak-kanak yang membeli makanan untuk dimakan atau keperluan keluarga, namun kita tidak terima hanya kerana wang kertas yang rosak sedikit,” katanya.

Sehubungan itu, Roselin berharap kisah dikongsiny­a melalui Facebook itu dapat memberi pengajaran kepada pelbagai pihak yang belum mengetahui wang rosak sebenarnya boleh ditukar di BNM.

 Peniaga kedai runcit kongsi kisah terima wang koyak tukar kembali di BNM

 ??  ?? ROSELIN menunjukka­n wang kertas rosak yang dikumpulny­a untuk ditukar di BNM.
ROSELIN menunjukka­n wang kertas rosak yang dikumpulny­a untuk ditukar di BNM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia