Harian Metro

Riadah kutip cengkerang siput

-

Saratok: Bermandi-manda sambil menikmati pemandanga­n Laut Cina Selatan bersama keluarga ditambah dengan aktiviti mengutip cengkerang siput kini menjadi sebahagian riadah yang cukup menyeronok­kan bagi pengunjung pantai Tanjung Kembang Kabong, di sini.

Cengkerang siput umumnya mempunyai pelbagai corak unik dan menarik, malah ada yangmempun­yai pelbagai warna.

Keistimewa­an itu sekali gus menjadi tarikan pengunjung ke pantai Kabong untuk menjadikan­nya sebagai koleksi peribadi selain dihasilkan sebagai perhiasan.

Pengunjung pantai berkenaan, Wan Zainal Husaini, 52, berkata, pantai Tanjung Kembang sesuai untuk aktiviti seumpama itu kerana banyak cengkerang terdampar terutama ketika air surut.

“Meskipun menghabisk­an masa agak lama, bagi saya ia cukup berbaloi. Malah, kepuasan datang dengan sendirinya apabila kita memperoleh cengkerang diidamkan,” katanya yang berasal dari Sarikei.

Seorang lagi pengutip cengkerang, Mohd Iffat Syafihan Borhan, 23, berkata, beliau mencari bentuk unik cengkerang untuk dijadikan perhiasan di setiap sudut rumah.

 ??  ?? MOHD Iffat menunjukka­n cengkerang siput yang dikutip di Pantai Tanjung Kembang Kabong.
MOHD Iffat menunjukka­n cengkerang siput yang dikutip di Pantai Tanjung Kembang Kabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia