Harian Metro

11 sekolah masih ditutup

-

Walaupun keadaan banjir di negeri ini hampir pulih sepenuhnya, namun, 11 sekolah di kawasan pedalaman masih ditutup semalam.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam kenyataan memaklumka­n arahan penutupan yang membuatkan 678 murid tidak dapat bersekolah itu masih berkuat kuasa atas beberapa faktor.

Antaranya, ada sekolah yang terdedah bahaya apabila limpahan air berlaku akibat paras air yang naik semula disebabkan arus deras dari hulu sungai serta air bertakung dan masih menenggela­mi bangunan sekolah serta jalan.

Beliau berkata, ada beberapa sekolah yang air sudah surut, namun penutupan terpaksa dilakukan bagi membolehka­n kerja pembersiha­n kerana sekolah terbabit dinaiki air ketika banjir melanda baru-baru ini.

Sekolah yang ditutup hari ini ialah Sekolah

Kebangsaan Klid/Plajau Dalat yang mempunyai 59 murid, SK St Luke Nanga Baoh Dalat (42), SK Kuala Kenyana Mukah (35) dan SK Kampung Sau Mukah (62).

Turut diarah tutup, SK Kampung Teh Mukah (125), SK Penakup Ulu Mukah (80), SK Kuala Bok Baram (62),SK Long Teru Baram (48), SK St Mark Selangau (53), SK Nanga Tajam Selangau (93), SK Kuala Lemai Selangau (19).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia