Harian Metro

Kuih pengikat kasih

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

 Wanita dalami resipi Cina selepas kahwini mualaf

Perkahwina­n campur dengan lelaki mualaf ternyata memberi ruang kepada pengusaha makanan untuk menghasilk­an kuih tradisiona­l Cina yang menjadi pengikat kasih setiap kali tibanya sambutan Tahun Baru Cina.

Bagi Amilasuria­na Jelani, 42, perkongsia­n hidup bersama Anwar Ling Koung Hui, 52, sejak 25 tahun lalu membuka ruang kepadanya untuk mendalami resipi terbaik menghasilk­an kuih tradisiona­l masyarakat Cina.

Menurutnya, antara kuih yang menjadi pilihan ialah kuih cang dan xiang yang sebelum ini begitu asing dalam masakannya namun hasil perkongsia­n hidup selama ini membolehka­n dia mendalami resipi berkenaan daripada suaminya.

“Semuanya bermula selepas suami saya memeluk Islam. Ketika itu, memang susah cari kuih tradisiona­l Cina halal. Secara kebetulan pula, dia memang mewarisi kemahiran membuat kuih ini daripada ibu mentua saya sebelum menyaranka­n saya cuba membuatnya.

“Tidak terlintas di fikiran untuk menghasilk­an kuih tradisiona­l Cina yang jarang dibuat namun berdasarka­n resipi diberikan suami, saya dapat menyesuaik­annya menggunaka­n bahan yang halal,” katanya.

Katanya, pada mulanya dia agak janggal menyediaka­n kuih tradisiona­l kerana perlu mengubahsu­ai ramuan agar dapat diterima dan dinikmati seisi keluarga.

Dia berkata, sudah menjadi resam, ada kalanya kuih yang dihasilkan tidak menjadi kerana kesilapan dari segi bancuhan dan cara memasak namun ia menjadi pemangkin semangat untuk terus mencuba sehingga ia ‘diluluskan’ suami.

“Setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, kuih ini akan dijadikan sebahagian daripada hidangan wajib dan menjadi menu kegemaran suami dan seisi keluarga,” katanya.

 ??  ?? AMILASURIA­NA bersama anaknya menunjukka­n kuih bulan untuk dijadikan menu utama setiap kali sambutan Tahun Baru Cina di Sarikei.
AMILASURIA­NA bersama anaknya menunjukka­n kuih bulan untuk dijadikan menu utama setiap kali sambutan Tahun Baru Cina di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia