Harian Metro

Polis jujur ingat pesan ayah

-

Tampin: “Arwah ayah selalu berpesan, biar hidup susah tetapi jangan menganiaya orang lain,” kata Konstabel Muhamad Nor Fahami Abd Kadir, 30, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin yang berhati mulia apabila memulangka­n dompet mengandung­i RM1,800 kepada pemiliknya, kelmarin.

Anggota Cawangan Bilik Gerakan itu berkata, antara jam 11 pagi hingga jam 12 tengah hari, dia ke sebuah bengkel motosikal di Pulau Sebang, Melaka dekat sini atas urusan peribadi.

Katanya, dia mengisi petrol di stesen minyak berhampira­n sebelum memulakan perjalanan pulang ke Tampin.

“Sewaktu melalui pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Sebang, saya ternampak dompet tercicir di atas rumput. Saya berpatah balik dan mengambiln­ya lalu meletakkan­nya dalam raga motosikal,” katanya yang diserap sebagai anggota tetap pada 2015.

Menurutnya, dia membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dan menyedari ada RM1,800 di dalamnya.

Katanya, ia kepunyaan seorang wanita bernama Chong Sik Kim, 61, berdasarka­n kad pengenalan yang ada dalam dompet itu yang turut terselit kad perubatan.

“Pemilik dompet itu sebaya ibu dan terdapat sejumlah wang tunai di dalamnya. Tidak semena-mena saya teringatka­n arwah ayah (Abd Kadir Abd Rahman) yang selalu berpesan jangan aniaya orang lain untuk hidup senang.

“Jika bersifat jujur, Allah datangkan rezeki dengan cara yang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Muhamad Nor Fahami, dia pulang ke IPD Tampin kerana perlu bertugas jam 4 petang dan menggunaka­n masa yang ada untuk menjejaki pemilik dompet itu.

“Saya meminta bantuan rakan sekerja untuk mengesan pemilik dompet melalui

Police Report System (PRS) “Lebih dua jam mencari, saya akhirnya dapat menghubung­inya dan memintanya datang ke IPD Tampin,” kata bapa kepada seorang anak itu.

Menurutnya lagi, Chong datang ke IPD Tampin jam 2.30 petang dan terharu apabila dompet miliknya ditemui semula.

“Itu bukan hak saya dan saya tahu mungkin dia lebih memerlukan wang itu untuk sambutan Tahun Baru Cina atau perubatann­ya. Saya juga bukan daripada keluarga senang dan memahami kesusahan orang lain,” katanya.

Katanya, sebagai anggota polis, dia dididik dengan kejujuran dalam melaksanak­an tugas, bahkan selain minat dengan kerjaya kepolisan, dia juga mahu beribadat dengan berbuat baik kepada sesama insan.

Terdahulu, kejujuran Muhamad Nor Fahami mendapat pujian Ketua Polis Daerah Tampin, Superinten­dan Hamazah Ab Razak.

 ??  ?? MUHAMAD Nor Fahami bersama isteri, Nurul Atiqah Alias dan anak, Muhamad Raiqal Hakimi.
MUHAMAD Nor Fahami bersama isteri, Nurul Atiqah Alias dan anak, Muhamad Raiqal Hakimi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia