Harian Metro

Ultraman masak 2 jam jadi tarikan

-

Kuala Terengganu: Sebuah kedai makan di Jalan Pasir Panjang di sini, menjadi tumpuan orang ramai sejak seminggu lalu susulan kemunculan Ultraman yang dilihat memasak dan menghantar pesanan pelanggan.

Adiwira kegemaran kanak-kanak itu dilihat tidak kekok berperang dengan kuali, malah turut menyediaka­n masakan Barat berasaskan ayam, daging selain kambing yang enak.

Kemunculan adiwira itu berlangsun­g hanya untuk dua jam di kedai makan berkenaan pada setiap Selasa dan Khamis.

Muhammad Nor Faiz, 23, berkata, dia tampil dengan idea mengenakan kostum Ultraman sebagai sebahagian cara merancakka­n perniagaan­nya yang dimulakan sejak lima bulan lalu.

“Ketika mula-mula kedai makan ini dibuka, ia kurang mendapat sambutan hinggalah saya tampil dengan kostum adiwira ini dan kemudian sambutan diterima sangat menggalakk­an terutama dalam kalangan kanak-kanak.

“Ramai rakan menganggap idea ini mengarut tetapi Alhamdulil­lah selepas seminggu, sambutanny­a sangat baik.

“Kemunculan adiwira ini hanya pada Selasa dan Khamis dari jam 7 malam hingga 9 malam,” katanya ketika ditemui di kedainya dikenali Warung Martin Muay Thai

 ??  ?? MUHAMMAD Nor
MUHAMMAD Nor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia