Harian Metro

Nurul Khairulnis­a bertukar pendiam

-

Sungai Petani: Mangsa kemalangan di Gerik, Ahad lalu, Nurul Khairulnis­a Azizan lebih banyak mendiamkan diri ketika jenazah bapanya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Rhaudatul Solihin di Amanjaya, di sini, semalam, untuk disemadika­n.

Sesekali, remaja berusia 19 tahun itu kelihatan menitiskan air mata sambil merenung ke arah keranda bapanya, Azizan Desa, 60, yang dibawa keluar dari Surau Asy-Syakirin, Bandar Perdana di sini, selepas selesai solat jenazah jam 11 pagi semalam.

Kemalangan itu turut meragut nyawa ibunya, Che Wan Teh Abdul Aziz, 54, dan adik lelaki, Muhammad Khairul Khawrizmie, 17.

Abang sulungnya, Mohd Rohaizad, 32, berkata, Nurul Khairulnis­a tidak banyak bercakap sejak tragedi itu.

“Adik saya tidak banyak bercakap sejak hari kejadian, berkemungk­inan dia masih trauma dengan apa yang berlaku selepas kehilangan ibu dan adik dalam sekelip mata.

“Dia sempat memberitah­u sewaktu kejadian berlaku, dia tidur. Selebihnya dia tidak banyak bercakap dan apabila ditanya, dia hanya mendiamkan diri,” katanya.

Mohd Rohaizad turut cuba bertanya sesuatu ketika jenazah bapa mereka berada di surau tetapi Nurul Khairulnis­a hanya tunduk dan berdiam diri.

Suasana hiba menyelubun­gi pekarangan surau itu apabila sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga hadir bagi mengiringi jenazah.

Dalam pada itu, Mohd Rohaizad berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian bapanya walaupun pada mulanya berharap Allahyarha­m akan pulih daripada kecederaan dialaminya.

Katanya, arwah yang juga peniaga nasi kandar meninggal dunia pada jam 6.45 petang kelmarin, di sisi ahli keluarga.

 ??  ?? NURUL Khairulnis­a duduk di atas kerusi ketika menunggu jenazah bapanya, Azizan (gambar keci) disolatkan.
AZIZAN bersama Che Wan.
NURUL Khairulnis­a duduk di atas kerusi ketika menunggu jenazah bapanya, Azizan (gambar keci) disolatkan. AZIZAN bersama Che Wan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia