Harian Metro

Rafidah nafi kahwin sejenis

-

Kuala Lumpur: Bekas pengacara program 3R, Rafidah Abdullah menafikan gosip mendakwa dia ‘berkahwin’ dengan kaum sejenis di Australia.

Rafidah menerusi status profil akaun Instagram miliknya menyifatka­n perkara itu berunsur fitnah.

“Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang,” tulisnya.

Rafidah turut menafikan perkara itu menerusi jawapan di (DM) kepada seorang pengikut di Instagram yang bertanya mengenai perkara itu.

“Bodohlah. Itu semua fitnah je. Sesiapa yang kaki gosip tu, kalau nak buat

(carian) pendaftara­n kahwin ataupun nak (periksa) pasport saya sekali pun dipersilak­an sebab sah-sah tak ada.

“Adik jangan risau, saya relaks saja di samping kucing tersayang. Layan binatang lagi berbaloi daripada layan manusia,” katanya.

Perkara itu mula hangat diperkatak­an sejak

Sabtu lalu selepas sebuah forum gosip berkongsi kisah yang menggunaka­n tajuk Siapa Pengacara Wanita Kahwin Pasangan Sejenis di Australia?

Pada masa sama, gambar Rafidah dan wanita yang didakwa pasanganny­a itu mengundang pelbagai persoalan apabila memaparkan gambar mereka menunjukka­n cincin di jari.

Malah, keterangan pada gambar itu juga seolah-olah menggambar­kan mereka sudah ‘berkahwin’ seperti yang tersebar.

tulis wanita itu di Instagram miliknya.

 ??  ?? GAMBAR yang menimbulka­n tanda tanya kepada peminat Rafidah mengenai status perkahwina­nnya.
GAMBAR yang menimbulka­n tanda tanya kepada peminat Rafidah mengenai status perkahwina­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia