Harian Metro

Tak mahu buang gambar bekas tunang

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Sufian Suhaimi yang putus tunang dengan pelakon Elfira Loy,

Ahad lalu mengambil keputusan tidak membuang gambar bekas tunangnya.

Sufian, 25, menerusi Instagramn­ya menukar keterangan pada gambar itu mengatakan dia tidak pernah menyesal mengenali Elfira.

“Pasti ini menjadi hari terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenali anda, cinta,” katanya.

Gambar dimuat naik pada 7 Oktober lalu iaitu sehari selepas mereka bertunang itu mendapat lebih 77,000 likes dan hampir 1,500 komen.

Pada masa sama, Sufian juga masih menyimpan semua gambarnya bersama Elfira di laman Instagram miliknya.

Dalam perkembang­an lain, Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir bakal melancarka­n single keempat berjudul Di Matamu.

“Saya nak kongsi apa yang saya rasa melalui lagu. Saya bersyukur ramai yang ambil berat dan saya berterima kasih kepada semua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia