Harian Metro

Takoyaki

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Potongan kecil lobak merah berbentuk dadu antara keunikan bebola sotong atau dikenali sebagai takoyaki di gerai pemandu teksi, Mohd Zuki Daud, 41, yang terletak di Tasik Widuri, di sini.

Kebiasaann­ya adunan bebola itu berintikan sotong dicampur dengan hirisan kubis tetapi Mohd Zuki mengubah menu popular berasal dari Jepun di gerai Takoyaki by Takozuki miliknya agar mempunyai kelainan.

Mohd Zuki berkata, dia bertindak berani mengubah suai menu itu kerana mahukan keenakan takoyaki dirasai dengan lobak merah, malah dia juga menyediaka­n takoyaki berintikan ayam, ketam dan udang sedangkan jika pada asalnya takoyaki hanya berinti sotong kurita.

“Yang berubah hanya intinya tetapi saya masih mengekalka­n keenakan takoyaki yang mengandung­i sos salmon istimewa, bahan perasa ikan dan mayonis.

“Begitu juga dengan hiasannya yang menggunaka­n hirisan ikan salai menambah selera setiap pelanggan yang

 Mohd Zuki ubah suai inti ikut cita rasa masyarakat Malaysia

membelinya,” katanya.

Menurutnya, dia belajar membuat takoyaki daripada seorang rakan baiknya di Cheras.

“Dialah orang yang banyak memperkena­lkan saya dengan perniagaan takoyaki dan memberi saya bimbingan untuk memulakan semuanya.

“Sebenarnya saya mengambil masa lebih seminggu untuk belajar membuat takoyaki. Pada mata kasar nampak mudah tetapi hakikatnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia