Harian Metro

Segera pasang notis amaran

- Nur Afiradina Arshad am@hmetro.com.my

 Penduduk harap pihak berkuasa ambil langkah keselamata­n elak insiden lemas berulang

Tragedi lima pemancing lemas di Sungai Gasi, di sini, masih menghantui penduduk kawasan berkenaan dan mereka tidak mahu lagi kejadian sama berulang terutama kepada orang luar.

Ia dianggap kejutan kepada penduduk kerana insiden berkenaan menyebabka­n kehilangan ramai nyawa justeru mereka mahu langkah keselamata­n segera diambil seperti pemasangan papan tanda amaran.

Ahmad Nizam Abdul Kadir, 45, berkata penduduk dari sekitar kawasan berkenaan tidak memancing di sungai itu dan papan tanda amaran adalah penting untuk peringatan terutama kepada orang luar.

Katanya, kejadian kepala air itu dipercayai disebabkan

hujan lebat di Kepong sekali gus mengakibat­kan paras air meningkat secara mendadak.

Seorang lagi penduduk Mohd Suhaimi Kamaruddin, 44, berkata itu bukan kali

pertama kerana fenomena kepala air ini sering berlaku di sungai berkenaan.

“Air deras ini datang dari Kepong, Damansara dan semua laluan air sungai dari beberapa kawasan berhampira­n

akan tertumpu ke sungai ini sebelum ia mengalir ke Kuala Selangor dan kemudian laut.

“Sebelum ini tiada siapa yang datang memancing ikan di tebing sungai ini kerana air sangat deras dan tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, pihaknya sudah memaklumka­n Pegawai Daerah Petaling dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung tragedi berkenaan.

“Bagi mengelakka­n perkara atau fenomena kepala air ini berulang sehingga menyebabka­n kehilangan nyawa, kami sudah memaklumka­n pihak berwajib supaya satu tindakan segera diambil.

“Kami berharap papan tanda atau notis amaran pemberitah­uan yang kawasan berkenaan adalah bahaya selain tidak selamat untuk memancing atau menjalanka­n apa-apa aktiviti dipasang di situ,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? DR Hafizan
DR Hafizan
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia