Harian Metro

Pemandu lori didakwa bunuh bayi perempuan Datuk didakwa

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Firdaus Saidon, 22, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Firdaus didakwa membunuh seorang bayi perempuan yang dikenali dengan nama Nurul Ain Umairah Muhammad yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan lahir pada 30 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, dekat sini, pada jam 10.45 pagi, 15 Februari lalu.

Bagi pertuduhan itu, Muhamad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Muhamad Anas kemudianny­a menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia dan forensik.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala Muhamad Firdaus tidak diwakili peguam.

Pengerusi Eksekutif Koperasi Hartanah Malaysia Berhad (Kohama), Datuk Jali Sekak dan pensyarah sambilan, Datuk Dr Mohd Nasirudin Othman mengaku tidak bersalah di empat Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menipu enam kontraktor berhubung Projek Perumahan Mampu Milik 1Malaysia membabitka­n kerugian RM5.36 juta.

Kedua-dua tertuduh, Jali, 52, dan Mohd Nasirudin, 41, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadap kedua-duanya dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin, Hakim Hilmiah Yusof, Hakim Azwarnida Affandi dan Hakim Mabel S Muttiah.

Turut didakwa bagi pertuduhan bersubahat dan menyalahgu­nakan wang membabitka­n jumlah RM2.56 juta berhubung penipuan pembinaan rumah mampu milik yang tidak wujud itu ialah dua isteri Jali, Norhaizan Yahya, 45, dan Nur Nadia Yusof, 30.

Mengikut pertuduhan, Jali dan Mohd Nasirudin didakwa menipu enam kontraktor dengan memperdaya semua mangsa mempercaya­i bahawa projek Perumahan Pembinaan Rumah Mampu Milik 1Malaysia ditawarkan oleh Koperasi Pembanguna­n Hartanah Putrajaya Berhad (KPHPB).

Perbuatan mereka itu mendorong semua mangsa menyerahka­n RM5,360,000 sebagai bayaran bon pelaksanaa­n untuk menjadi kontraktor projek perumahan itu yang mana mereka tidak akan menyerahka­n wang jika tidak diperdaya sedemikian.

Pembinaan yang didakwa akan dilakukan antaranya di Segamat, Johor, Kuantan Pahang, Manjung, Setiawan dan Bidor, Perak adalah tidak wujud dan semua perbuatan itu didakwa dilakukan kedua-dua tertuduh di Koperasi Putrajaya Berhad, Putra Heights, Subang Jaya antara September 2013 hingga Februari 2014.

Sementara itu, Nor Nadia didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat dengan empat individu termasuk Jali dan Mohd Nasiruddin untuk melakukan penipuan sama sehingga mendorong lelaki itu menyerahka­n wang berjumlah RM1.2 juta kepada KPHPB sebagai bayaran bon pelaksanaa­n.

Jali dan Mohd Nasirudin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda manakala dakwaan terhadap Nor Nadia mengikut 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham, Nor Nadia turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgu­nakan wang berjumlah RM700,000 milik Abdul Razak Nazri, 57, yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Pro Speed Resources miliknya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Selain itu, Jali turut didakwa bersama-sama Nor Haizan dan Ahmad Sabki Ahmad Yusof, 48, atas pertuduhan sama menipu Mohd Fauzi Sail, 52, di mana perbuatan itu telah mendorong mangsa menyerahka­n RM660,000 kepada KPHPB.

 Dituduh tipu kontraktor RM5.36 juta

 ??  ?? MUHAMAD Firdaus dibawa ke mahkamah, semalam.
MUHAMAD Firdaus dibawa ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia