Harian Metro

Suami isteri dipenjara 15 bulan, denda RM28,000

-

Ipoh: Suami isteri masing-masing dihukum penjara 15 bulan dan didenda RM28,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah atas 28 pertuduhan pilihan memperguna­kan 19 remaja dan kanak-kanak bagi tujuan mengemis di seluruh negara.

Tertuduh, Muslim Ab Karim, 67, dan isterinya, Zaleha Mohamad, 55, diarahkan untuk menjalani program khidmat masyarakat selama 100 jam yang akan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebaik hukuman penjara selesai.

Hakim Murtazadi Amran memerintah­kan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh pasangan itu ditangkap pada 7 Mei tahun lalu.

Murtazadi ketika menjatuhka­n hukuman itu berkata, beliau memandang serius perbuatan kedua-dua tertuduh kerana ia membabitka­n isu kanak-kanak dan masyarakat sangat tidak menyukai perkara yang sedemikian.

“Masyarakat sangat tidak suka apa yang kamu lakukan... walaupun tujuan kedua-dua tertuduh baik, tetapi caranya tidak menghalalk­an perbuatan.

“Walau apapun, undang-undang perlu dipatuhi dan masyarakat memerhatik­an apa yang kita lakukan dan kanak-kanak banyak digunakan untuk kepentinga­n sendiri (oleh) golongan tertentu dan ia patut dielak,” katanya.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, suami isteri itu didakwa secara bersama melakukan perbuatan itu di lima bandar berbeza antara jam 8.30 malam hingga jam 1.45 pagi, antara 7 November 2016 hingga 14 Mac tahun lalu.

Lokasi itu adalah kawasan CIMB Bank Taiping, Jalan Panggung Wayang dan Maybank Jalan Medan Saujana 1, Medan Saujana Kamunting di Taiping serta Persiaran Greentown Business 6, Greentown Business Centre di sini. Selain itu, dua lokasi di Pahang iaitu Kemaman Kopitiam, Lorong Tun Ismail 1, Kuantan dan CIMB Bank Bandar Raub Perdana, Raub, serta Bank Islam, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia