Harian Metro

Dituduh bunuh amah

-

Bukit Mertajam: Suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, pada 10 Februari lalu.

Tertuduh, M Ambika, 59, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabka­n kematian terhadap Adelina Lisao, 26, di Taman Kota Permai 2, di sini, jam 4 petang, pada 10 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, anak perempuann­ya, R Jayavarthi­ny, 32, didakwa mengambil Adelina bekerja walaupun mengetahui mangsa tidak memiliki pas yang sah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Muhamad Anas membenarka­n Jayavarthi­ny diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, manakala Ambika tidak dibenarkan diikat jamin.

Beliau menetapkan 19 April ini sebagai tarikh sebutan semula kedua-dua kes.

 ??  ?? SURI rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, pada 10 Februari lalu.
SURI rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, pada 10 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia