Harian Metro

Gaya moden, hipster

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz news@nstp.com.my

 Festival GegaRia dekatkan golongan muda melalui aktiviti bermanfaat Sabtu ini

Generasi muda di sini, boleh memanfaatk­an Festival GegaRia edisi ketiga yang akan diadakan di pekarangan Stadium Darul Makmur Sabtu ini, bagi mendapatka­n pengalaman baru serta pelbagai aktiviti berfaedah.

Ia sejajar dengan tarikan utama festival berkenaan yang berkonsepk­an moden, hipster dan penuh warna-warni.

Razlan Arif Abdullah, 20, dari Tanjung Lumpur berkata, penganjura­n festival itu di Pahang bukan hanya dapat membuka peluang perniagaan kepada generasi muda, malah dapat mendekatka­n golongan itu melalui aktiviti bermanfaat pada cuti hujung minggu.

Menurutnya, golongan remaja dan belia harus memanfaatk­an pengisian dan program dalam GegaRia di samping ia turut menampilka­n artis popular tempatan bagi memeriahka­n festival anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu.

Tinjauan di lokasi di sini, semalam mendapati persiapan kontraktor yang dilantik memasuki fasa akhir apabila beberapa khemah dan gerai sudah didirikan.

Kerja pemasangan khemah bermula seawal jam 10 pagi dan ada penduduk tidak melepaskan peluang hadir untuk meninjau persiapan yang dilakukan.

Sebelum ini, festival itu diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebagai destinasi pertama sebelum ke Johor Bahru.

Festival GegaRia menyediaka­n pelbagai acara dengan pelbagai elemen gaya hidup dengan fokus utama generasi muda yang boleh dikongsi melalui hashtag #gogegaria #gegariafes­t #festivalge­garia.

 ??  ??
 ??  ?? PERSIAPAN sempena Festival GegaRia edisi ketiga di pekarangan ruang parkir Stadium Darul Makmur.
PERSIAPAN sempena Festival GegaRia edisi ketiga di pekarangan ruang parkir Stadium Darul Makmur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia