Harian Metro

Urusan patuh prosedur

-

 SPR harap semua pihak akur, hormat keputusan mahkamah

prinsip dan prosedur ditetapkan Perlembaga­an Persekutua­n.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya berharap semua pihak akur dan menghormat­i keputusan mahkamah itu.

“SPR sentiasa menghormat­i keputusan mahkamah walau di peringkat mana sekali pun ia diputuskan.

“Dengan keputusan itu, ia membuktika­n bahawa segala urusan Kajian Semula Persempada­nan yang dijalankan SPR membabitka­n Melaka dan Perak adalah berperlemb­agaan kerana sudah mematuhi dan memenuhi segala prinsip dan prosedur ditetapkan dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum akan keputusan itu sebagai satu pengiktira­fan kehakiman berkaitan pembahagia­n kuasa antara eksekutif, perundanga­n dan kehakiman selaras dengan doktrin pengasinga­n kuasa yang menjadi amalan di negara ini.

Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata, pihaknya juga mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuan kerajaan negeri Pulau Pinang berkaitan urusan Kajian Semula Persempada­nan di negeri itu.

Menurutnya, SPR tidak dapat memberikan ulasan lanjut berkaitan keputusan kes itu memandangk­an masih terdapat beberapa kes lain yang belum selesai di peringkat mahkamah tertinggi.

“Selaras dengan tanggungja­wab yang diamanahka­n, SPR akan meneruskan kerja urusan Kajian Semula Persempada­nan hingga laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tanggungja­wab SPR dalam urusan berkenaan akan selesai selepas laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, berkaitan urusan pembentang­an laporan itu di Parlimen, ia terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri bila laporan itu akan dibentangk­an kerana ia bukan lagi di bawah bidang kuasa SPR.

Isnin lalu, Mahkamah Persekutua­n memutuskan cadangan SPR untuk melaksanak­an urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Ne- geri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif yang mempengeru­sikan panel tiga hakim dipetik berkata, tindakan SPR berhubung urusan persempada­nan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak dan oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

 ?? Mohd Hashim Abdullah ?? SPR sentiasa menghormat­i keputusan mahkamah walau di peringkat mana sekali pun ia diputuskan”
Mohd Hashim Abdullah SPR sentiasa menghormat­i keputusan mahkamah walau di peringkat mana sekali pun ia diputuskan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia