JPA perjelas ambilan PTD
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan hanya 200 daripada 750 pengambilan baru Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tahun ini dipilih daripada kalangan pelajar cemerlang tajaan JPA yang mendapat ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
JPA dalam satu kenyataan berkata, baki daripada jumlah itu masih terbuka kepada pelajar lain dan pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan lain.
“Keutamaan ini diberikan atas usaha cemerlang ditunjukkan pelajar tajaan JPA dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya memberikan sumbangan cemerlang kepada negara khususnya sektor perkhidmatan awam pada masa depan.
“Diharap penjelasan ini dapat memperbetulkan kekeliruan sesetengah pihak berkaitan isu pengambilan pegawai baru PTD bagi tahun ini seperti disiarkan beberapa portal media, baru-baru ini,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan semakan kehakiman bagi mencabar Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya di Perak dan Melaka membuktikan urusan itu mematuhi segala