Harian Metro

Pakma tumbuh pada akar

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

 Pendaki temui spesies unik pada

450 meter dari aras laut di Bukit Batu Kapal

“Kebiasaan bunga Pakma tumbuh di atas tanah kerana sifatnya yang besar namun spesies yang saya temui di Bukit Batu Kapal agak berlainan kerana tumbuh di akar pada ketinggian tiga meter,” kata Muhamad Zamrul Mohamad, 34, seorang ahli Terengganu Backpacker­s (TBP).

Menurutnya, bunga itu ditemui di Bukit Batu Kapal di sini, pada jam 4 petang Ahad lalu di kawasan kira-kira 450 meter dari aras laut dan berada dalam keadaan tergantung pada akar yang menjalar setinggi tiga meter, selain kembang di atas tanah.

Katanya, spesies bunga Pakma yang dikenal pasti sebagai mempamerka­n kelopak selebar 0.4 meter dan berada di kawasan lembah yang landai di kawasan pertengaha­n bukit berkenaan.

“Saya dan rakan menemui bunga ini ketika kami membuat laluan baru bagi membolehka­n pendaki terus ke Bukit Batu Kapal apabila turun dari puncak dan bukannya jalan seperti sebelum ini iaitu melalui ladang kelapa sawit.

“Ketika berada pada ketinggian 450 meter dari aras laut, kami melihat sekuntum bunga Pakma berada di atas tanah dan ketika itu kelopak bunga berkenaan sudah kembang manakala satu lagi berada pada akar dengan ketinggian tiga meter,” katanya.

Menurutnya, banyak akar di kawasan itu ditumbuhi bunga Pakma yang juga spesies parasit yang menumpang tumbuh di akar menjalar.

Katanya, dia pernah menemui bunga Pakma di atas Gunung Lat, Kampung Kemat di sini, pada ketinggian 500 hingga 600 meter dari aras laut dan pernah mencari bunga jenis sama di kawasan Tasik Kenyir, namun tidak pernah menemuinya.

Zamrul berkata, selepas hari pertama menemui bunga itu, kelmarin dia sekali lagi ke bukit berkenaan dengan membawa rakannya yang ingin melihat bunga berkenaan.

“Amat sukar untuk menemui bunga Pakma kerana ia tumbuh di kawasan tinggi dan hanya kembang selama tujuh hari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia