Harian Metro

Empat ciri isteri nusyuz

-

 Suami perlu bertindak bijak beri keinsafan kepada pasangan

isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah itu.

3. Apabila isteri bermusafir tanpa bersama suami atau bukan bersama mahramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan wajib seperti menunaikan ibadat haji. Perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau mahramnya dianggap melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

4. Apabila isteri bermuka masam atau memalingka­n muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami dalam keadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.

Apabila wujud ciri-ciri nusyuznya isteri, suami perlu mengambil tindakan segera untuk mengeluark­an isteri daripada terus berada dalam keadaan derhaka atau nusyuz terhadap suami.

Sebagaiman­a yang diajarkan Islam, suami perlu:

1. Menasihati dengan cara baik serta menerangka­n kepada isteri, nusyuz itu salah dan dikutuk Allah SWT. Selain itu, beritahu isteri nusyuz, nafkah boleh dipotong atau tidak diberi.

Sebagaiman­a firman

Allah SWT yang bermaksud: “Isteri yang kamu takuti kederhakaa­n mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.” (Surah An-Nisa, ayat 34)

2. Jika nasihat tidak memberi kesan, suami hendaklah mengasingk­an tempat tidurnya daripada isterinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “dan (jika mereka berdegil) pulaukanla­h mereka di tempat tidur...” (Sambungan ayat 34, surah An-Nisaa’)

Berdasarka­n ayat itu, Allah SWT menyuruh suami meninggalk­an tempat tidur saja, bukan meninggalk­an percakapan kerana jika tidak bertegur sapa lebih tiga hari adalah haram hukumnya.

Bukan saja terhadap isteri, malah terhadap orang lain juga. Berdasarka­n sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seseorang Muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih tiga hari.”

3. Jika sudah mengasingk­an tempat tidur tidak memberi kesan, suami diharuskan memukul isteri dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederak­an atau melukakann­ya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarny­a).” (Sambungan ayat 34,

Surah An-Nisaa’)

Pada peringkat akhir itu (pukul), ia harus dilakukan suami sekiranya ia memberi kesan. Sekiranya cara memukul itu tidak memberi sebarang kesan, sebaiknya dielakkan.

Suami hendaklah berhati-hati supaya tidak memukul bahagian yang mendatangk­an bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia