Harian Metro

Islam tak larang rai Tahun Baru Cina

-

Islam memberikan hak beragama dan pengamalan budaya kepada seluruh manusia. Islam tidak pernah menafikan hak beragama sebagaiman­a yang dipamerkan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah.

Ketika itu, masyarakat terdiri daripada individu beragama Yahudi, Nasrani dan golongan musyrikin. Islam mengajak seluruh manusia kepada Islam tetapi tanpa paksaan.

Selain itu, Islam juga menyuruh umatnya taat kepada agama serta bangga dengan keIslamann­ya. Jati diri yang dibentuk akhirnya melahirkan peribadi utuh sebagai seorang Muslim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataann­ya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah serta ia sendiri mengerjaka­n amal yang soleh sambil berkata: “Sesungguhn­ya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah kepada Allah)! (Surah Fussilat, ayat 33)

Tahun Baru Cina yang disambut baru-baru ini adalah sambutan kedatangan tahun baru mengikut kalendar lunar Cina. Ia satu perayaan adat yang tiada kaitan dengan permasalah­an akidah Masyarakat Cina Muslim.

Mereka berasa bertuah kerana dapat merayakan sambutan Tahun Baru

Cina bersama keluarga yang bukan beragama Islam.

Begitu juga masyakarat Islam daripada bangsa lain, mereka dapat meraikan bersama sahabat atas dasar kemasyarak­atan, hubungan sosial serta sebagai tanda meraikan mereka yang bergembira menyambut perayaan itu.

Gong Xi Fa Cai (Mandarin) atau Kung Hee Fatt Choy (Hakka) atau Kung Hey Fatt Choy (Kantonis) adalah ucapan yang popular dilafazkan dalam sambutan Tahun Baru

Cina.

Ia bermakna semoga bertambah rezeki atau selamat bertambah makmur. Dalam kalangan orang Islam, ucapan itu hampir sama dengan maksud semoga dimurahkan rezeki yang sering dilafazkan ketika menyambut hari lahir atau majlis lain.

Manusia perlu saling mendoakan supaya Allah SWT sentiasa melimpahka­n rezeki kepada kita sepanjang masa.

Dengan kedatangan tahun baru diharap akan bertambah rezeki, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudah­kan segala urusan.

Sebab itulah, masyarakat Cina mempercaya­i ada pantang larang yang perlu diikuti supaya tidak menghalang atau menolak kedatangan rezeki.

Bagi seorang Muslim, tanpa mengira bangsa dan keturunan, mereka mempercaya­i rezeki datangnya daripada Allah SWT dan tidak ada sebarang perbuatan yang boleh menghalang rezeki daripada Allah SWT.

Rezeki Allah SWT juga tidak datang secara ‘percuma’. Manusia perlu berusaha untuk mendapatka­n rezeki.

Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan diri mereka sendiri berusaha mengubahny­a.

Rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang semata-mata. Ia juga dalam bentuk kasih sayang, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, anak yang soleh dan keluarga bahagia.

Untuk mendapatka­n rezeki yang berkat dan melimpah ruah, setiap individu Muslim perlu menjaga hubunganny­a dengan sumber pemberi rezeki iaitu Allah SWT.

Ramai manusia terlupa Allah SWT Yang Maha Pemberi Rezeki. Sesekali kita mengeluh apabila rezeki yang diperoleh tidak mencukupi atau terlalu sibuk mencari rezeki sehingga mengabaika­n tanggungja­wab sebagai seorang hamba.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai manusia, ingatlah akan nikmat

Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” (Surah Fathir, ayat 3)

Dalam satu lagi firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah.” (Surah Saba’, ayat 24)

Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia