Harian Metro

Pelanconga­n perubatan

-

Terdapat sesuatu yang cukup istimewa dalam laporan khas ditonton oleh penulis melalui saluran YouTube baru-baru ini mengenai program bual bicara sebuah stesen televisyen berpengkal­an di Australia. Program itu memaparkan beberapa pengalaman manis warga Australia melalui apa yang dikatakan sebagai ‘Pelanconga­n Perubatan’ di Malaysia. Malaysia digambarka­n sebagai destinasi pilihan selain beberapa negara lain di dunia untuk ‘berubat sambil melancong’.

Memetik kata-kata seorang responden Rosie Bates, warga Sydney berusia 42 tahun, pengalaman­nya di Kuala Lumpur sebanyak dua kali mendapatka­n rawatan sambil melancong digambarka­n sebagai ‘sambil menyelam minum air’ kerana dia melalui sesi rawatan ‘fizikal, emosi dan spiritual’. Rosie yang kali pertama ke Malaysia pada awal 2010 untuk program pelanconga­n berkenaan berjaya melalui pembedahan wajahnya yang diselia seorang doktor tempatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Dia turut diberikan rawatan berbentuk kaunseling bagi memberikan keyakinan kepada dirinya sebelum dan selepas sesi pembedahan. Pada masa sama, Rosie turut berkesempa­tan melancong ke beberapa lokasi menarik di sekitar tanah air selepas menjalani pembedahan. Pengalaman indahnya itu menyebabka­n dia sekali lagi terbang ke Malaysia pada 2016 bagi menjalani pembedahan perut dan liposuctio­n di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. Rosie mengakui dia mendapat layanan ‘lima bintang’ sepanjang di Malaysia dan bersyukur kerana di samping kejayaan pembedahan­nya, dia dan suami dapat menghabisk­an masa untuk bertenang dan melancong pada kos yang dianggap sangat berpatutan di sekitar Pulau Langkawi dan Bandaraya Melaka.

Menurut Dr Norman seorang pakar perubatan Australia dalam temubual di YouTube yang ditonton penulis, kos keseluruha­n untuk menikmati satu-satu pakej pelanconga­n perubatan ini secara puratanya adalah satu pertiga daripada kos yang terpaksa ditanggung di Australia. Dalam kes Rosie, dia hanya mengeluark­an belanja AU$11,600 (kira-kira RM35,000) untuk pembedahan sekali dengan percutian di

Malaysia berbanding AU$20,000 (RM60,000) hanya untuk kos pembedahan. Ini jelas menunjukka­n Malaysia sememangny­a berjaya memahatkan namanya sebagai antara hub pelanconga­n perubatan yang bertaraf dunia.

Kisah Rosie ini sebahagian daripada sebilangan rakyat Australia bahkan kebanyakan negara maju lain yang mengiktira­f akan kemampuan dan kepakaran pengamal perubatan serta teknologi perubatan di Malaysia setanding dengan apa yang ada di negara mereka sendiri. Ditambah lagi dengan kos yang perlu dikeluarka­n untuk ‘menyelamat­kan nyawa dan maruah’ atau ‘mencantikk­an tubuh badan’ sangat murah jika dibandingk­an dengan rawatan di negara mereka sendiri. Apatah lagi jika kos yang dikenakan turut merangkumi pakej percutian yang cukup hebat kerana Malaysia memang terkenal memiliki banyak tempat menarik untuk dilawati.

Pelanconga­n perubatan di Malaysia melakarkan kegemilang­an yang membanggak­an. Berdasarka­n laporan Transparen­cy Market Research (TMR) sebuah badan bebas berpangkal­an di New York, Amerika Syarikat menunjukka­n Malaysia adalah destinasi terbaik dalam menyediaka­n pakej pelanconga­n perubatan selain negara pesaing lain seperti Costa Rica, Mexico, Colombia dan Thailand. Kerajaan Malaysia sendiri sangat serius dalam memangkin perkembang­an industri pelanconga­n perubatan ini. Antaranya, sejak 2009, kerajaan mewujudkan Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC) iaitu badan khas yang memacu perkembang­an pelanconga­n perubatan negara.

Berdasarka­n maklumat portal MHTC, dinyatakan beberapa pusat perubatan dan hospital swasta dan kerajaan menyediaka­n pelbagai pakej dalam ‘percutian perubatan’ ini. Beberapa jenis rawatan perubatan yang popular dalam kalangan ‘pelancong perubatan’ juga disenaraik­an termasuk rawatan kardiologi, ortopediks, pergigian, pembedahan kosmetik hinggalah kepada prosedur pembedahan minor.

Dalam pembentang­an belanjawan untuk 2018, kerajaan mengumumka­n dana RM30 juta sebagai insentif dalam mengembang­kan industri pelanconga­n perubatan negara. Selain itu, kerajaan juga menyediaka­n beberapa insentif istimewa yang berupaya memartabat­kan lagi kualiti industri pelanconga­n perubatan negara. Misalnya, usaha mempromosi Malaysia sebagai

Hub Rawatan Kesuburan dan Kardiologi Asia, penyediaan servis e-Visa untuk pelancong perubatan, insentif istimewa untuk hospital yang menyediaka­n program pelanconga­n perubatan, potongan cukai berganda untuk perbelanja­an akreditasi untuk pusat penjagaan ambulatori serta klinik pergigian, dan sebagainya.

Pada 2016, industri pelanconga­n perubatan negara berkembang 23 peratus berbanding tahun sebelumnya dan Malaysia mencatatka­n kemasukan 921,500 pelancong perubatan yang mendapatka­n rawatan di Malaysia dan ini menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negara pada kadar RM4 hingga 5 bilion. Kejayaan Malaysia dalam segmen pelanconga­n perubatan ini membuka mata dunia untuk memberi pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa.

Antaranya, Malaysia memenangi anugerah Best Healthcare System in the World dan anugerah Destinatio­n of the Year untuk tiga tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2017 daripada Internatio­nal Medical Travel Journal (IMTJ).

Fenomena pelanconga­n perubatan ini sememangny­a agak asing dalam masyarakat kita, namun ia menunjukka­n potensi menggalakk­an dalam memartabat­kan dunia perubatan negara dan memakmurka­n industri pelanconga­n tempatan. Apabila cerita mengenai kualiti perubatan di Malaysia diuar-uarkan dalam media massa dan media baru di seluruh dunia, ia menunjukka­n masyarakat dunia membuka ‘mata hati’ untuk tidak terlalu berideolog­ikan tanggapan hanya negara maju yang pakar dalam dunia perubatan. Ia juga memberi isyarat bahawa pihak yang terbabit perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan industri yang mampu memberikan pulangan lumayan ini terus mendapat sambutan hangat di peringkat antarabang­sa.

Jawatankua­sa bagi Pelanconga­n Kesihatan yang ditubuhkan sejak 1998 dan dianggotai Kementeria­n Pelanconga­n, Kementeria­n Kesihatan, organisasi kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu terus memainkan peranan mereka dalam menyuburka­n industri pelanconga­n perubatan ini. Kualiti, kuantiti produk dan perkhidmat­an perubatan dan pelanconga­n perlu dipertingk­atkan seiring dengan permintaan pelanggan baik luar mahu pun dalam negara. Begitu juga berbagai bentuk kemudahan fizikal dan infrastruk­tur perlu diwujudkan serta dikemaskin­i selaras dengan arus perkembang­an dunia semasa.

Sudah pasti kita tidak mahu mendengar komen negatif daripada pihak luar yang mengatakan sektor pelanconga­n perubatan di Malaysia merugikan bahkan mengancam nyawa pelancong yang menjalani proses rawatan di sini.

Sebagaiman­a ditegaskan dalam laporan Today Tonight, 59 peratus pelancong perubatan warga Australia terpaksa mendapatka­n rawatan semula di negara sendiri kerana kegagalan pembedahan yang dilakukan di negara luar. Untuk itu, pihak terbabit harus membuktika­n negara kita benar-benar berupaya memberikan rawatan yang bertaraf antarabang­sa kepada pelancong.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah Dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia