Harian Metro

Eksesais Perang Borneo capai matlamat

-

Sandakan: Eksesais Perang Borneo di perairan Laut Sulu di sini, semalam, mencapai matlamat bagi menguji kemampuan dan kesiapsiag­aan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menghadapi peperangan tidak terjangka khasnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Latihan itu adalah yang pertama tahun ini dan kali kedua dikoordina­sikan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2).

Panglima MAWILLA 2 TLDM, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, latihan itu membabitka­n lima kapal TLDM iaitu Kapal Auksiliari (KA) Tun Azizan, Kapal Diraja (KD) Todak, KD Baung, KD Sri Johor dan KD Sri Perlis, selain bot tempur CB 90 dan bot pemintas Silverbree­ze.

Beliau yang turut mengikuti pelayaran berpuas hati dengan tahap kesiapsiag­aan kapal TLDM dan kecekapan kru dalam menghadapi pelbagai senario peperangan terutama ancaman di permukaan air. melahirkan warga ‘Navy People’ bertaraf dunia.

“Ia juga mempamerka­n komitmen TLDM memastikan keselamata­n ESSZONE berada pada tahap tertinggi, selari matlamat perpindaha­n MAWILLA 2 ke Sandakan yang membolehka­n sebarang tindakan keselamata­n sama ada bersifat cegah rintang atau tindakan susulan dapat diambil secara lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Abdul Rahman berkata, MAWILLA 2 menerusi koordinasi pasukan Peperangan Markas Pemerintah­an Armada Timur (MPA Timur) di Kota Kinabalu turut merancang mengadakan beberapa lagi siri eksesais Perang Borneo tahun ini.

Eksesais bermula jam 7 pagi kelmarin dengan Latihan Pertahanan Pangkalan di Pangkalan TLDM Sandakan membabitka­n simulasi serangan musuh terhadap kawasan strategik di daratan, disusuli kapal TLDM diarahkan ke laut bagi menghadapi ancaman pertempura­n di perairan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia