Harian Metro

Sindiket Botak Siva lumpuh

-

Pelabuhan Klang: Sindiket dikenali sebagai Botak Siva yang terbabit dengan kegiatan curi, lerai dan menjual komponen lori ke luar negara mencecah jutaan ringgit lumpuh selepas tertangkap­nya lima lelaki termasuk seorang warga Mesir.

Difahamkan, sindiket yang aktif sejak 2015 itu menyasarka­n lori

Isuzu, Scania dan Hino untuk dicuri menggunaka­n alat yang berfungsi mengganggu frekuensi alat kawalan jauh kenderaan berat berkenaan.

Komponen lori seperti ekzos, stereng, papan pemuka dan tangki minyak dibawa ke luar negara seperti Mesir serta Pakistan menerusi kontena manakala enjin lori dijual hingga RM20,000 setiap satu.

Perbuatan sindiket itu dibongkar polis daerah Klang Selatan yang menahan lima suspek termasuk dalang

sindiket berusia 33 hingga 44 tahun serta seorang warga Mesir berusia 30-an yang dipercayai orang tengah bagi urusan jual beli komponen itu.

Ia membawa kepada penemuan sebuah kontena mengandung­i ratusan komponen lerai dianggarka­n RM2 juta yang dirampas dengan bantuan polis Singapura.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati sindiket itu bergiat aktif di sekitar Lembah Klang selain utara dan selatan tanah air.

“Bertindak atas risikan dan maklumat, kami menahan dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang meleraikan komponen lori di sebuah gudang di Taman Johan Setia, Klang, jam 11 pagi, 23 Januari lalu.

“Ia kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki termasuk warga Mesir di sekitar Kuala Lumpur, Bukit Tinggi dan Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Januari serta 13 Februari lalu,” katanya pada sidang media di Westport di sini, semalam.

Empat penjenayah berputih mata apabila wang disamun daripada peti di sebuah restoran di Taman Gombak Permai, di sini, jatuh bertaburan menyebabka­n mereka hanya dapat melarikan RM50.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kedirakam

 ??  ?? MAZLAN menunjukka­n komponen enjin lori yang dileraikan pada sidang media, semalam.
MAZLAN menunjukka­n komponen enjin lori yang dileraikan pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia