Harian Metro

Kereta terbabas ke bahu jalan

-

Kulim: “Akhirnya saya mendapat jawapan mengapa abah tidak menjawab panggilan selama tiga jam. Rupa-rupanya abah dan ibu sudah tiada lagi,” kata Mohamad Azeery Mohamad Iddrus, 35.

Mohamad Azeery anak kepada Mohamad Iddrus Samsuddin, 62, dan Halimah Mat Piah, 63, yang maut dalam kemalangan di lampu isyarat simpang tiga Lebuhraya Perdana ke Kilang Lama berhampira­n Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di sini, jam 6 pagi, semalam.

Dia berkata, selepas berkali-kali menghubung­i bapanya tetapi tidak berjawab, akhirnya seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis menjawab panggilan dan memberitah­u ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan.

“Kira-kira jam 5.15 pagi tadi (semalam) abah memberitah­u dia berada di Sungai Kob dan selepas menerima pesanan itu, saya menunggu di rumah.

“Selepas sejam saya cuba menghubung­i telefon bimbitnya, namun tidak berjawab hingga jam 9 pagi.

“Akhirnya panggilan saya dijawab pegawai polis yang memaklumka­n tragedi menimpa ibu bapa saya.

“Mujur saya menghubung­i telefon bimbit abah kerana polis sukar menghubung­i waris berikutan telefon bimbit abah mempunyai kunci keselamata­n,” katanya ketika ditemui di Hospital Kulim, semalam.

Mohamad Azeery berkata, kali terakhir dia menghubung­i arwah bapanya melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 5 pagi dan ketika itu orang tuanya ingin menghantar seorang rakan pulang di sekitar kawasan Sungai Kob.

Kulim: Suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki terbabas berhampira­n lampu isyarat di simpang tiga Lebuhraya Perdana ke Kilang Lama berhampira­n Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, di sini, jam 6 pagi, semalam.

Mangsa, Mohamad Iddrus Samsudin, 62, dan isterinya, Halimah Mat Piah, 63, dari Rawang, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa menaiki Perodua Myvi dari Lebuhraya Perdana Kulim Hi Tech ke Jalan Kulim-Serdang.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian, kereta Mohammad Iddrus hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tebing bukit.

“Akibat rempuhan, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta. “Orang ramai kemudian menghubung­i polis dan bomba,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang terbabit kemalangan di lampu isyarat simpang tiga Lebuhraya Perdana, semalam.
KEADAAN kereta mangsa yang terbabit kemalangan di lampu isyarat simpang tiga Lebuhraya Perdana, semalam.
 ??  ?? HALIMAH
HALIMAH
 ??  ?? MOHAMAD Iddrus
MOHAMAD Iddrus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia