Harian Metro

UM masih kaji vaksin MERS-CoV

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Penyelidik­an kini memasuki percubaan klinikal

Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) dijangka diatasi apabila vaksin penyakit itu dibangunka­n Pusat Penyelidik­an dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya.

Ketua Penyelidik­nya, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, pembanguna­n vaksin dengan kerjasama sebuah kolej perubatan di Amerika Syarikat memasuki percubaan klinikal yang mengambil kira kesan atau impak vaksin serta etika halal.

“Kami menjalanka­n kajian sejak 2016 terhadap 1,800 jemaah haji yang mengadakan saringan kesihatan iaitu pemeriksaa­n tahap kesihatan termasuk mengambil darah sebelum dan selepas ke Makkah.

“Hasil analisis makmal mendapati 0.3 peratus daripada kumpulan ini pernah dijangkiti MERS-CoV tetapi tidak membawa apa-apa simptom teruk.

“Mereka yang terdedah dengan MERS-CoV sangat sukar dikesan memandangk­an ia sama dengan simptom mereka yang menghidap selesema biasa seperti demam, batuk dan sesak pernafasan,” katanya sambil memberitah­u penularan wabak itu belum diketahui dan menasihatk­an orang ramai supaya tidak melawat haiwan atau menyentuhn­ya terutama unta.

Dr Sazaly berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan dan Lembaga Tabung Haji dalam kajian itu.

“Namun kami masih memerlukan dana dan ramai sukarelawa­n untuk meneruskan kajian bagi mendapat keputusan tepat kerana bimbang tahap pendedahan lebih tinggi daripada anggaran yang diperoleh.

“Pemantauan MERS-CoV perlu dilakukan secara berterusan kerana mengambil iktibar penularan Ebola yang melumpuhka­n Afrika Tengah.

“Di Korea pula, hanya seorang rakyatnya menghidap MERS-CoV tetapi menyebabka­n 185 lain meninggal dunia hingga melumpuhka­n 18 peratus ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, bakal haji atau mereka yang ingin mengerjaka­n umrah perlu melakukan saringan kesihatan.

 ??  ?? DR Sazaly
DR Sazaly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia