Harian Metro

7 individu rugi RM10,500 ditipu beli tiket penerbanga­n

-

Kuantan: Impian seorang pensyarah bersama enam individu lain melancong ke Manchester, England musnah selepas ditipu dalam urusan pembelian tiket penerbanga­n membabitka­n kerugian berjumlah RM10,500, awal bulan ini.

Bagaimanap­un,

lelaki berusia 27 tahun yang didakwa menipu untuk urusan itu berjaya ditahan polis di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Lengkuas, Shah Alam, Selangor, jam 9.45 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superinten­den Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 45 tahun yang juga pensyarah di universiti awam di sini, dikatakan tertarik dengan iklan tiket kapal terbang ke Eropah ketika melayari laman sosial Facebook (FB) pada 1 Februari lalu.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Taman Tanah Putih, Pekan kemudianny­a membuat tempahan tiket kapal terbang terbabit untuk tujuh orang bagi penerbanga­n ke Manchester.

“Dia juga turut membuat transaksi pemindahan wang berjumlah RM10,500 ke atas akaun milik lelaki yang mengiklank­an tawaran tiket kapal terbang berkenaan,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia