Harian Metro

Gelora cinta

- Norasikin Daineh news@nstp.com.my

Tidak berpuas hati kerana lamaran ditolak dipercayai menjadi punca seorang lelaki menikam bapa saudaranya hingga mati di depan sebuah kedai runcit di Kampung Sembulan Lama di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, lelaki berusia 30 tahun itu menikam Abdul Razi Bahadum, 56, sebanyak 12 kali menyebabka­n mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber berkata, suspek dikatakan meminang anak perempuan mangsa berusia 24 tahun pada pertengaha­n tahun lalu. Bagaimanap­un, disebabkan dia tidak mempunyai kerja tetap, keluarga mangsa menolak lamarannya itu.

“Kira-kira jam 1 tengah hari semalam (kelmarin), lelaki itu ke tempat kerja anak mangsa di Kompleks Karamunsin­g dan memaksa mengikutny­a untuk membincang­kan hal pertunanga­n, namun gadis terbabit tidak melayan permintaan itu kerana risau dengan keselamata­nnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudianny­a menyerang bapa gadis itu di depan sebuah kedai runcit, petang kelmarin.

“Lelaki itu menumbuk mangsa sebelum menikamnya beberapa kali dengan pisau. Pemilik kedai runcit yang menyaksika­n kejadian segera menghubung­i polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek menyerah diri di Balai Polis Karamunsin­g bersama sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. “Polis percaya punca kejadian kerana dendam namun masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkina­n suspek mengalami gangguan emosi.

“Semakan mendapati suspek pernah ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan seorang lelaki mati ditikam anak saudaranya ketika dia keluar melihat bot miliknya berdekatan rumah di Kampung Sembulan Lama, di sini.

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi lelaki maut ditikam.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi lelaki maut ditikam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia