Harian Metro

TNB diizin tuntut

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Kerugian berikutan pengusikan pepasangan meter elektrik di 8 premis

Mahkamah Sesyen Melaka, semalam, membenarka­n lapan tuntutan kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM5,244,688.77 terhadap Huat Lai Resources Berhad dan anak syarikatny­a berikutan pengusikan pepasangan meter elektrik di premis mereka.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan dari tarikh penghakima­n dengan faedah dan kos tindakan mengikut skala.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n berlaku usikan pada pepasangan meter apabila link bagi fasa merah, biru dan kuning pada blok terminal ujian (TTB) dibuka.

Pengusikan itu dikesan dilakukan di lapan premis di bawah syarikat terbabit yang beroperasi di sekitar Melaka.

TNB diwakili peguam Faizah Khamarudin dari Azmi & Associates yang mengemukak­an writ saman untuk kesemua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia