Harian Metro

Masuk perangkap

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Lelaki jual kamera curi melalui laman web dicekup pemilik asal

Tindakan tiga lelaki menjual barangan hasil samun di sebuah laman web membawa padah apabila mereka ditahan ketika melakukan transaksi jual-beli di Bukit Dukung, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, suspek berusia 19 hingga 37 tahun ditahan orang awam dan polis termasuk mangsa, Muhammad Affan Fauzi, 21, selepas cuba menjual kamera miliknya.

Muhammad Affan yang juga jurugambar sebuah portal berkata, dia menerima maklumat daripada rakan berhubung penjualan kamera jenis SLR Nikon D800 dipercayai miliknya oleh seorang lelaki di sebuah laman web jual beli atas talian sejak beberapa hari lalu.

Katanya, berdasarka­n maklumat itu, dia menghubung­i lelaki terbabit dengan menyamar sebagai pembeli bagi mengetahui sama ada kamera dijual itu miliknya.

“Saya yakin yang kamera dijual itu milik saya berdasarka­n corak tali dan kesan calar sebelum saya membuat keputusan memasang perangkap terhadap lelaki berkenaan dengan menyamar sebagai pembeli.

“Sepanjang tempoh urusan jual beli itu, dia menawarkan harga murah sehingga RM3,500 dan bersetuju menjual kamera itu sebelum kami mengadakan pertemuan di Bukit Dukung,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Muhammad Affan kerugian lebih RM15,000 selepas disamun seorang lelaki ketika memberhent­ikan motosikaln­ya di bahu jalan di Lebuh Silikon, Serdang, Sepang, pada Ahad lalu.

Suspek yang konon mahu menolong mangsa bertindak melarikan begnya yang mengandung­i kamera, telefon bimbit, komputer riba dan dompet bersama dokumen pengenalan diri serta sejumlah wang tunai.

Muhammad Affan berkata, ketika pertemuan itu, mereka membenarka­n saya membuat pemeriksaa­n nombor siri pada kamera terbabit.

“Pemeriksaa­n itu mendapati nombor siri kamera adalah sama dengan kamera saya selain memiliki corak tali dan kesan calar yang sama.

“Sebaik saya memaklumka­n yang itu adalah kamera saya, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam termasuk beberapa rakan saya yang turut berada di lokasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek terbabit ditahan di stesen minyak di Bukit Dukung dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? LELAKI dipercayai
men y amu n jurugambar Ahad lalu ditahan orang awam ketika cuba menjual kamera
milik mangsa.
LELAKI dipercayai men y amu n jurugambar Ahad lalu ditahan orang awam ketika cuba menjual kamera milik mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia