Harian Metro

Jualan kenderaan susut 0.2%

-

Sebanyak 44,575 unit kenderaan dijual pada bulan Januari, susut 92 unit atau 0.2 peratus berbanding 44, 667 unit pada bulan sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 39,018 unit adalah kenderaan penumpang manakala 5,557 adalah kenderaan komersial.

Katanya, berdasarka­n perbanding­an bulanan, jualan pada Januari susut 19 peratus atau 10,154 berbanding bulan Disember 2017 yang merekodkan 54,729 unit.

“Kegiatan promosi dan tawaran jualan oleh syarikat kereta pada bulan Disember lalu menyebabka­n banyak jualan dapat dihasilkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia