Harian Metro

PRODUK BERKUALITI

- Ayisy Yusof ayisy@nstp.com.my

 Pos Aviation dilantik penyedia hidangan untuk penumpang MAB A350

Pos Malaysia Bhd menerusi anak syarikatny­a, Pos Aviation Sdn Bhd dilantik sebagai penyedia katering perkhidmat­an pesawat berbadan lebar baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB), A350 bagi laluan Kuala Lumpur-London.

Pos Aviation yang sebelum ini dikenali sebagai KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an pos seperti mel biasa, kurier, pos ekspres dan bungkusan.

MAB berkata, ia komited untuk memberikan produk berkualiti kepada penumpangn­ya.

“Pelantikan katering baru untuk laluan London bagi pesawat A350 membolehka­n kami memberi pilihan kepada pelanggan sambil menyediaka­n kesinambun­gan perniagaan dan pengurusan risiko yang lebih baik,” katanya.

Katering utama MAB, Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd pula terus memenuhi keperluan dalam pesawat syarikat penerbanga­n nasional itu untuk sektor lain termasuk pesawat A380 bagi laluan London-Kuala Lumpur.

Syarikat penerbanga­n nasional itu berkata, ketika ini ia mempunyai dua penerbanga­n harian ke London dari Kuala Lumpur, menggunaka­n A350 dan A380.

Pos Aviation yang enggan mengulas lanjut apabila dihubungi berkata, butiran lanjut kontrak adalah sulit dan rahsia.

Syarikat itu ketika ini menyediaka­n katering untuk syarikat penerbanga­n seperti Air China, Bangkok Airways, Etihad Airways, Royal Dutch Airlines KLM, Qatar Airways dan Saudi Arabian Airlines.

Berdasarka­n laman web Pos Aviation, syarikat itu mempunyai pasukan tukang masak berpengala­man yang bekerjasam­a rapat dengan pelanggan penerbanga­n untuk menghasilk­an masakan Malaysia dan antarabang­sa. “Kami bangga dengan katering kami bagi Kelas Pertama dan Perniagaan, Sewaan Khas VVIP sehingga perkhidmat­an jet peribadi. “Kemudahan kami direka dan ditempatka­n secara strategik untuk memastikan aliran operasi lancar yang memberikan prestasi tepat pada masanya kepada pelanggan kami,” katanya.

MAB menerima pesawat pertama A350 pada akhir November tahun lalu, pajakan daripada pemajak pesawat yang berpangkal­an di Los Angeles, Air Lease Corp di bawah program 12 tahun.

Pesawat A350 memulakan penerbanga­n sulungnya ke London pada pertengaha­n Januari tahun ini.

A350 mempunyai jumlah kapasiti 286 tempat duduk, merangkumi empat dalam Kelas Pertama, 35 Kelas Perniagaan dan 247 Kelas Ekonomi.

MAB berkata, empat pesawat A350 akan digunakan bagi penerbanga­n London-KL menggantik­an A380.

Bagaimanap­un, syarikat penerbanga­n nasional itu belum menentukan destinasi bagi dua lagi pesawat A350.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia