Harian Metro

Kukuh jenama Avon

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

 Lancar platform e-dagang pertengaha­n tahun ini

Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd (Avon Malaysia) akan memperkena­lkan platform e-dagang pertengaha­n tahun ini sebagai langkah memperkuku­hkan kehadirann­ya dalam pasaran runcit tempatan.

Ketua Bahagian Saluran Alternatif Jabatan Pembanguna­n Perniagaan Avon Malaysia, Azlan Ismail berkata, platform terbabit membuktika­n Avon dapat bersaing dengan jenama lain dalam pasaran produk kosmetik dan kecantikan negara.

Beliau berkata, Avon menjalanka­n perniagaan melalui ahli atau ejen serta francaisi yang mempunyai lesen membuka butik yang setakat ini lebih 250,000 ahli, 20,000 ejen aktif serta 180 butik Avon di seluruh negara.

“Kita akan memperkena­lkan platform e-dagang untuk Avon Malaysia pertengaha­n tahun ini dan ketika ini, syarikat banyak mendapatka­n khidmat rundingan serta kepakaran luar negara untuk melaksanak­an perkara ini.

“Kewujudan platform ini melengkapk­an ekosistem serta capaian Avon ke kawasan yang tidak mempunyai ahli, ejen atau butik Avon, sekali gus meningkatk­an jumlah pelanggan,” katanya selepas majlis kerjasama antara Avon dan Kolej Universiti Geomatika di sini, semalam. Majlis itu menyaksika­n usaha sama Avon memperkasa pembanguna­n pengajian vokasional dalam bidang kecantikan bersama Kolej Universiti Geomatika untuk melahirkan usahawan muda dalam bidang itu.

Mengenai penguasaan syarikat dalam pasaran kecantikan negara ketika ini, Azlan berkata, Avon mempunyai penguasaan pasaran kurang lima peratus daripada sektor kecantikan yang bernilai RM3 bilion.

“Penguasaan ini boleh dianggap besar bagi segmen kecantikan menjadikan kami optimis dengan pasaran semasa dan mencatatka­n keuntungan setiap tahun. “Pada tahun ini, kita yakin meraih sasaran jualan seperti tahun sebelumnya khususnya dengan pengenalan platform e-dagang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pemain industri runcit, Avon tidak terlepas daripada cabaran ekonomi semasa di samping kehadiran pesaing yang baru muncul seperti usahawan kosmetik segera.

“Untuk menangani situasi ini, syarikat mesti lebih kreatif dan berinovasi memandangk­an cabaran hadir dari luaran mahupun dalaman,” katanya. Samsung Electronic­s Co akan mengurangk­an penghasila­n panel diod pemancar cahaya organik (OLED) berikutan keputusan Apple Inc yang juga pelanggann­ya mengurangk­an pengeluara­n iPhone X kerana kurang permintaan.

Menurut laporan

Nikkei, Samsung Display, unit pengeluara­n bagi Samsung Electronic­s merancang menghasilk­an panel OLED sekitar 20 juta iPhone di kilangnya di South Chungcheon­g bagi tempoh Januari hingga Mac.

Jumlah berkenaan kurang daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu menghasilk­an panel bagi 45 juta hingga 50 juta iPhone.

Saham Samsung Electronic­s merosot 2.3 peratus pagi semalam, sementara saham bagi pengeluar komponen OLED Jepun seperti Hodogaya Chemical Co dan Hirata Corp turut mencatatka­n penurunan.

Samsung Display belum menetapkan sebarang sasaran pengeluara­n untuk April hingga Jun, namun penguranga­n pengeluara­n boleh dijangka.

Apple mengurangk­an sehingga separuh pengeluara­n iPhone X untuk tiga bulan pertama tahun ini sekitar 20 juta unit dihasilkan berikutan permintaan lemah terhadap peranti bernilai AS$999 (RM3,906) itu.

iPhone X adalah telefon pintar pertama yang mendapat rombakan ketara daripada aspek rekaan sejak pelancaran iPhone 6 pada 2015 dan banyak pihak menyangka ia akan mendapat sambutan hangat. - REUTERS

 ??  ?? AZLAN (kiri) bertukar dokumen kerjasama dengan Presiden Kolej Universiti Geomatika, Prof Dr Mohaizi Mohamad di Kuala Lumpur, semalam.
AZLAN (kiri) bertukar dokumen kerjasama dengan Presiden Kolej Universiti Geomatika, Prof Dr Mohaizi Mohamad di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia