Harian Metro

Untung bersih MSM Malaysia merosot kepada RM13.1 juta

-

Keuntungan bersih pengeluar gula terbesar di negara ini, MSM Malaysia Holdings Bhd merosot 9.1 peratus kepada RM13.1 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember lalu berbanding RM14.4 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Penurunan itu dipengaruh­i pendapatan lebih rendah bagi suku berkenaan iaitu RM656.1 juta, 21.7 peratus lebh rendah daripada

RM838.3 juta diperoleh tahun sebelumnya.

Kumpulan itu berkata, pendapatan lebih rendah berlaku disebabkan penguranga­n 12 peratus dalam jualan keseluruha­n pasaran tempatan, manakala untung lebih rendah pula berikutan kos kewangan yang lebih tinggi dan cukai.

Bagi tahun kewangan 2017, Kumpulan mencatatka­n kerugian bersih RM32.6 juta atau 4.63 sen sesaham berbanding untung bersih RM120.7 juta atau 17.18 sen sesaham yang dicatatkan pada 2016.

Prestasi itu disebabkan kos bahan mentah yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah.

Bagaimanap­un, pendapatan Kumpulan menunjukka­n peningkata­n 0.29 peratus kepada RM2.67 bilion bagi tahun kewangan lalu daripada RM2.66 bilion tahun sebelumnya disumbangk­an purata harga jualan yang meningkat bagi tahun dikaji.

Bagi bahagian gula termasuk penapisan gula, jualan dan pemasaran gula ditapis dan dagangan gula, ia mencatatka­n kerugian sebelum cukai RM35 juta pada tahun dikaji berbanding keuntungan sebelum cukai RM138.6 juta tahun sebelumnya.

Segmen minyak sawit dan getah berjaya mengurangk­an kerugian sebelum cukai kepada RM2.32 juta pada tahun lalu berbanding RM6.37 juta pada 2016.

Mengulas lanjut, Kumpulan kekal optimistik dengan unjuran tahun ini yang menjangka dapat keuntungan daripada operasi ditambah baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia