Harian Metro

Nestle tingkat kecekapan di rangkaian bekalan

-

Kuala Lumpur: Nestlé (Malaysia) Berhad akan memberi tumpuan meningkatk­an kecekapan secara berterusan di seluruh rangkaian bekalannya bagi memastikan pertumbuha­n mapan syarikat terutama dalam situasi yang dijangka mencabar tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Alois Hofbauer berkata, kumpulan itu mengambil pendekatan melabur semula dengan penjimatan yang dicapai bagi pertumbuha­n masa depan.

“Kami akan terus berpanduka­n matlamat Nestlé untuk meningkatk­an kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan lebih sihat untuk meneruskan usaha membekalka­n produk bermutu tinggi dengan nilai hebat kepada rakyat,” katanya di sini, baru-baru ini.

Kumpulan itu mencatatka­n keputusan kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dengan peningkata­n hasil lebih tinggi iaitu 3.9 peratus kepada RM5.3 bilion tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Pertumbuha­n positif itu dipacu prestasi domestik dan eksport kukuh dengan peningkata­n 4.1 dan tiga peratus.

Beliau berkata, prestasi kukuh kumpulan dicapai melalui pelaburan strategik dalam beberapa kempen termasuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Hari Sarapan Milo dan

“Tumpuan berterusan Nestle terhadap inovasi dan penambahba­ikan menyumbang kepada keputusan positif dengan produk baru dan membantu menjana pertumbuha­n perolehan kami,” katanya.

Hofbauer berkata, kumpulan juga meraih peningkata­n 6.2 peratus bagi keuntungan sebelum cukai kepada RM814 juta dan peningkata­n 1.4 peratus untuk keuntungan selepas cukai kepada RM646 juta dibantu melalui pengurusan kos berhemat dan pelaburan pemasaran serta perdaganga­n efektif.

“Pencapaian ini membolehka­n kumpulan menampung kesan cukai positif pada 2016,” katanya.

 ?? Hofbauer ?? Tumpuan kecekapan bagi memastikan pertumbuha­n mapan ”
Hofbauer Tumpuan kecekapan bagi memastikan pertumbuha­n mapan ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia