Harian Metro

Perdana Menteri Israel setuju jadi saksi siasatan rasuah

-

Rakan rapat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bersetuju beralih arah menjadi saksi siasatan rasuah yang memberi ancaman serius kepada kelangsung­an politik pemimpin konservati­f itu.

Keputusan Shlomo Filber memberi keterangan bagi pihak kerajaan terhadap bekas ketuanya itu menjadi peralihan dramatik kepada Netanyahu.

Tindakan Filber itu juga boleh meletakkan Netanyahu dalam keadaan amat lemah.

Perkembang­an itu turut menyemarak­kan spekulasi bahawa Netanyahu, 68, akan mengadakan pilihan raya awal untuk cuba menghalang prosiding perundanga­n ketika kempen dan mendapatka­n sokongan puak berhaluan kanan.

Netanyahu yang menafikan semua dakwaan terhadapny­a berkata, akan bertanding untuk penggal kelima dalam pilihan raya umum dijadualka­n lewat tahun depan.

Setakat ini, rakan dalam kerajaan campuranny­a menyokong beliau, tidak menunjukka­n keinginan menumbangk­an kerajaan berhubung skandal itu dan berisiko mengadakan pilihan raya awal.

Filber, yang dilantik secara peribadi oleh Netanyahu untuk mengetuai Kementeria­n Komunikasi, ditangkap minggu ini bersama-sama eksekutif atasan syarikat telekomuni­kasi terbesar Israel, Bezeq Telecom.

Dalam laporan yang tidak dinyatakan sumber, media Israel melaporkan Filber kini bersetuju memberi keterangan bagi pihak kerajaan dalam kes itu, menyediaka­n bukti yang berkemungk­inan menyukarka­n Netanyahu bergelut mengatasi krisis perundanga­n itu. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia