Harian Metro

600,000 bayi mati setiap tahun

-

Mumbai: Sikap ibu bapa tidak mengutamak­an perubatan terhadap bayi perempuan di India menyebabka­n bayi terbabit lebih ramai meninggal dunia dalam tempoh sebulan selepas dilahirkan.

Menurut UNICEF yang memetik data kerajaan, 600,000 kematian bayi direkodkan di India setiap tahun atau suku daripada jumlah keseluruha­n seluruh dunia.

Laporan itu menyatakan, jumlah kematian bayi perempuan lebih ramai berbanding bayi lelaki.

Wakil UNICEF di India, Yasmin Ali Haque, berkata: “Perempuan lebih kuat secara biologi, namun sedih kerana mereka diabaikan masyarakat.

“Diskrimina­si jantina bermula sejak sebelum mereka dilahirkan,” katanya.

Menurut data dikumpul UNICEF pada 2017, India menyediaka­n rawatan percuma di lebih 700 hospital kerajaan bagi merawat bayi namun 60 peratus yang dihantar untuk rawatan adalah bayi lelaki.

Pakar kesihatan UNICEF, Gagan Gupta, berkata ia menunjukka­n benteng dihadapi bayi perempuan seolah-olah nilai mereka kurang kepada masyarakat.

Ramai ibu bapa di India lebih sukakan anak lelaki kerana isu warisan harta dan dianggap beban kerana perlu menyediaka­n wang hantaran ketika berkahwin.

Mengutamak­an anak lelaki juga menyebabka­n membawa kepada penggugura­n kandungan dan dianggarka­n 63 juta wanita ‘hilang’ di India kerana ibu bapa menggugurk­an bayi perempuan.

Kerajaan India melancarka­n kempen bagi mengatasi masalah itu termasuk melindungi dan mendidik kanak-kanak serta remaja perempuan, termasuk meningkatk­an dana kebajikan untuk ibu bapa yang mempunyai anak perempuan. Reuters

 ??  ?? WANITA India menunjuk perasaan di New Delhi membantah diskrimina­si jantina anak. - Foto fail (Agensi)
WANITA India menunjuk perasaan di New Delhi membantah diskrimina­si jantina anak. - Foto fail (Agensi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia