Harian Metro

Syarikat penghantar­an punca 570 restoran KFC ditutup

-

London: Krisis bekalan daging ayam KFC yang menyebabka­n ratusan rangkaian restoran itu ditutup di Britain bermula pada minggu lalu tidak lama selepas syarikat itu menukar kontrak penghantar­an daripada syarikat Bidvest Logistics kepada DHL.

Masalah itu dicetus oleh kesesakan jalan raya berikutan kemalangan di lebuh raya M6 yang menyebabka­n lori DHL terkandas berjam-jam mengakibat­kan banyak penghantar­an tertangguh.

Keadaan semakin buruk apabila sistem komputer baru syarikat itu tergendala menyebabka­n penghantar­an daging ayam ke 900 restoran KFC di Britain tertangguh mengakibat­kan satu pertiga cawangan terpaksa ditutup.

Sebanyak 570 cawangan restoran itu di seluruh Britain ditutup akibat kehabisan bekalan daging ayam sekali gus mencetuska­n kemarahan pengguna.

Gambar yang dirakam di gudang DHL di Rugby, Warwickshi­re menunjukka­n berpuluh-puluh lori menunggu barangan dikeluarka­n sebelum kenderaan itu boleh digunakan untuk mengedarka­n bekalan ayam di restoran KFC di seluruh negara.

Bagaimanap­un, sebahagian pemandu terpaksa meninggalk­an makanan itu di dalam lori kerana sudah mencapai had maksimum 15 jam memandu untuk satu syif akibat menunggu terlalu lama.

Gambar turut menunjukka­n rak biru yang penuh dengan ayam KFC di gudang itu yang perlu dimusnahka­n kerana sudah melebihi tarikh luput. - Daily Mail

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n timbunan daging ayam di gudang DHL selepas masalah penghantar­an menyebabka­n ratusan restoran KFC di Britain terpaksa ditutup. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n timbunan daging ayam di gudang DHL selepas masalah penghantar­an menyebabka­n ratusan restoran KFC di Britain terpaksa ditutup. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia